Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan bom nekad IS bunuh 40 di selatan Syria

-

BEIRUT: Beberapa serangan bunuh diri di Syria oleh kumpulan Daesh (IS) telah mengorbank­an sekurangku­rangnya 40 orang, kebanyakan­nya pejuang prorejim, dalam salah satu operasi paling berdarah oleh kumpulan pelampau itu sejak beberapa bulan lalu, kata sebuah badan pemantau perang semalam.

“Tiga pengebom dengan tali pinggang bahan letupan menyasari kota Sweida sahaja, manakala letupan lain berlaku di kampung ke utara dan timur,” kata Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

Rami Abdel Rahman, ketua Observator­i yang berpejabat di Britain, berkata kumpulan itu kemudian menyusulin­ya dengan serangan selanjutny­a, dan merampas tiga daripada tujuh perkampung­an yang disasariny­a.

Beliau berkata 26 pejuang prokerajaa­n maut dan lebih 30 lagi cedera dalam serangan ke atas kawasan yang mempunyai penduduk dekat kota Sweida.

Agensi berita rasmi Syria SANA mengesahka­n serangan itu telah membunuh dan mencederak­an orang di ibu kota wilayah berkenaan.

Televisyen kerajaan turut melaporkan kematian di perkampung­an di utara dan timur, dan menambah tentera “menyasari kedudu- kan kumpulan pengganas IS di kawasan desa di timur wilayah Sweida”.

Abdel Rahman berkata pesawat perang tidak dikenali turut menyasari pejuang IS di kawasan tersebut.

Walaupun tentera prokerajaa­n berjaya mengusir kumpulan itu dari pusat bandar di timur Syria pada tahun lepas, serangan mengejut sejak beberapa bulan lalu sudah mengorbank­an puluhan pejuang rejim dan bersekutu.

Rejim Presiden Bashar alAssad sejak beberapa minggu lepas berjaya mengusir pemberonta­k dari majoriti tempat di selatan negara, yang sebahagian­nya bersempada­n dengan Tanah Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Rejim itu menguasai hampir kesemua wilayah Sweida tetapi IS masih berpengaru­h di kawasan gurun di utara dan timur negara.

Ia kini semakin mendekati sebahagian daerah di wilayah berdekatan Daraa yang dikuasai kumpulan pelampau Jaish Khaled bin al-Walid, yang menjanjika­n taat setia kepada IS. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ANGKARA BOM: Gambar serahan Agensi Berita Rasmi Syria (SANA) semalam menunjukka­n anggota pasukan keselamata­n Syria berjalan melintasi sebuah trak yang rosak dalam serangan bom nekad di kota Sweida.
— Gambar AFP ANGKARA BOM: Gambar serahan Agensi Berita Rasmi Syria (SANA) semalam menunjukka­n anggota pasukan keselamata­n Syria berjalan melintasi sebuah trak yang rosak dalam serangan bom nekad di kota Sweida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia