Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh bunuh lima dekat kem Rohingya di Bangladesh

-

DHAKA: Tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan monsun membunuh sekurangku­rangnya lima kanak-kanak semalam dekat kem di sempadan Bangladesh-Myanmar yang menempatka­n sejuta pelarian Rohingya, kata polis.

Agensi bantuan telah memberi amaran tentang potensi bagi bencana selepas hujan lebat melanda daerah Cox’s Bazar, di mana kebanyakan pelarian tinggal di atas lereng bukit yang terdedah.

Mangsa terbaharu, yang bukan pelarian Rohingya, maut selepas hujan lebat yang turun selama tiga hari mengakibat­kan banjir lumpur, menurut polis.

“Empat kanak-kanak daripada keluarga yang sama sedang tidur ketika mereka tertimbus di bawah timbunan bukit selepas ia runtuh pada awal pagi tadi,” kata ketua balai polis Cox’s Bazar, Fariduddin Khandaker, kepada AFP.

Seorang lagi kanak-kanak berusia enam tahun mati di bandar jiran Ramu.

Kedua-dua bandar terletak berdekatan dengan Kutupalong, kem pelarian terbesar di dunia, di mana lebih setengah juta orang Rohingya tinggal dalam dangau buluh dan tarpal, terutama di atas bukit di mana pokok telah ditebang untuk memberi ruang kepada pelarian.

Kaum Rohingya berhimpun di Cox’s Bazar selepas keganasan berlaku di Myanmar sejak beberapa tahun lalu dan kira-kira 700,000 sudah tiba sejak Ogos tahun lepas apabila tentera negara yang didominasi penganut Buddha melancarka­n operasi yang menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mungkin merupakan pembersiha­n etnik.

Tanah runtuh sudah mengorbank­an sekurang- kurangnya 18 orang di wilayah berkenaan sejak bulan lepas, termasuk seorang budak lelaki Rohingya yang mati ditimpa tembok tanah yang roboh di Kutupalong.

Kira-kira 200,000 orang Rohingya yang tinggal di atas bukit sekitar kem pelarian menghadapi risiko dalam hujan monsun, menurut pegawai bantuan bencana.

Kira- kira 37,000 sudah dipindahka­n ke lokasi lebih selamat sebelum monsun tiba, kata pesuruhjay­a pelarian Bangladesh, Mohammad Abul Kalam, kepada AFP.

Beliau berkata pihak berkuasa dan agensi bantuan “dalam keadaan berjaga-jaga” selepas hujan yang turun tanpa henti-henti selama tiga hari memburukka­n lagi risiko tragedi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia