Utusan Borneo (Sarawak)

27 dikhuatiri korban tanah runtuh di lombong jed Myanmar

-

YANGON: Sekurang- kurangnya 27 orang dikhuatiri maut selepas kejadian tanah runtuh berlaku di sebuah lombong jed di utara Myanmar, kata polis semalam, manakala hujan lebat mengganggu usaha mencari mangsa selamat.

Industri berbilion dolar yang tidak dikawal dengan baik dan terkenal kerana gejala rasuah di negeri terpencil Kachin itu kerap mengalami bencana yang menyebabka­n kematian, dan mangsa sering berasal daripada masyarakat etnik yang miskin.

Bencana terbaharu berlaku di bandar kecil terpencil Set Mu pada awal kelmarin ekoran hujan lebat di kawasan tersebut, dan menimbus sekurang- kurangnya 27 orang, kebanyakan­nya daripada kumpulan etnik Rawang yang mundur, kata pegawai polis tempatan Aung Zin Kyaw kepada wartawan AFP.

“Kami belum menjumpai sebarang mayat. Kami akan mencari lagi pada hari ini bersama Persatuan Palang Merah dan pasukan bomba,” katanya.

Dengan hanya kira- kira 70,000 anggota sahaja, kaum Rawang yang kebanyakan­nya beragama Kristian merupakan salah satu kumpulan etnik paling kecil di Myanmar dan umumnya tinggal di kawasan utara yang bergunung- ganang, dan ramai daripada mereka bekerja dalam sektor perlombong­an tidak rasmi.

Tanpa banyak peraturan dan tiada pengawasan dalam sektor yang amat menguntung­kan itu – kebanyakan­nya didorong oleh permintaan yang semakin tinggi dari China – keadaan selalunya berbahaya, terutama pada bulan basah.

“Sebelum musim hujan, orang yang mencari jed memusnahka­n tanah. Sekarang hujan sedang turun dan tanah tidak stabil dan sangat berlumpur,” kata penduduk tempatan Shwe Thein kepada AFP semalam.

Puluhan orang maut akibat tanah runtuh pada tahun ini di wilayah Hpakant dalam negeri Kachin, di mana satu insiden besar pada November 2015 mengorbank­an lebih 100 nyawa.

Kumpulan pemantau Global Witness menganggar­kan industri jed bernilai kira-kira AS$31 bilion (RM114.7 bilion) pada 2014, dan sebahagian besar daripadany­a tidak sampai kepada kerajaan.

Jed dan sumber alam lain, termasuk kayu balak, emas dan batu ambar, membantu membiayai kedua-dua pihak dalam konflik selama berdekad- dekad antara pemberonta­k etnik Kachin dengan tentera untuk menguasai lombong dan hasil pendapatan yang dijananya.

Sejak gencatan senjata selama 17 tahun berakhir pada 2011, lebih 100,000 sudah hidup dalam pelarian disebabkan oleh peperangan, kebanyakan­nya beberapa kali. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia