Utusan Borneo (Sarawak)

Pewaris kekayaan arak AS didakwa terbabit kes ‘hamba seks’

-

NEW YORK: Seorang pewaris kepada kekayaan arak di Amerika Syarikat (AS) ditangkap dan didakwa kelmarin berhubung sebuah persatuan hamba seks wanita yang rahsia, sebelum dilepaskan dengan jaminan AS$100 juta (RM370 juta), kata pendakwa raya AS.

Clare Bronfman, 39, seorang dermawan dan bekas ahli sukan ekuestrian, merupakan anak perempuan Edgar Bronfman, mendiang pengerusi syarikat arak gergasi, Seagram, dari Kanada dengan nilai bersih dianggarka­n sebanyak AS$2.6 bilion (RM9.6 bilion).

Bronfman dibawa ke hadapan seorang hakim di Brooklyn, New York dan dilepaskan dengan gelang kaki selepas pendakwa raya berkata dia berisiko melarikan diri.

Dia merupakan seorang ahli lembaga eksekutif Nxivm, sebuah kumpulan yang kononnya membantu diri tetapi dituduh mengurus sebuah persatuan hamba seks wanita yang rahsia dan menjadi terkenal kerana upacara inisiasiny­a di mana mereka diselar dengan huruf awal nama pengasasny­a.

Dia dituduh menggunaka­n kekayaanny­a untuk membiayai Nxivm, dan didakwa atas tuduhan berkonspir­asi untuk menjalanka­n kegiatan haram, yang membawa hukuman maksimum penjara selama 20 tahun, dan kecurian identiti dengan hukuman statutori maksimum 15 tahun penjara.

Peguamnya, Susan Necheles, berkata anak guamnya “tidak melakukan sebarang kesalahan”.

“Nxivm bukan sebuah perusahaan jenayah, sebaliknya sebuah organisasi yang membantu ribuan orang”, tambahnya dalam satu kenyataan.

Tiga wanita lain, juga dari Clifton Park, New York telah ditangkap dan didakwa, dan turut mengaku tidak bersalah, kata pendakwa raya.

Pendakwa raya turut mengumumka­n dakwaan selanjutny­a terhadap Keith Raniere, 57, pengasas Nxivm yang sudah didakwa atas tuduhan memperdaga­ngkan seks dan menjalanka­n konspirasi buruh paksaan.

Raniere, yang ditangkap di Mexico pada Mac lalu, dituduh mewujudkan sebuah persatuan rahsia dipanggil ‘DOS’ – satu skim piramid yang melibatkan “hamba” wanita dan “tuan” dengan dirinya – lelaki tunggal – di tempat teratas.

Pendakwa raya menganggap Bronfman sebagai risiko “yang luar biasa tinggi” untuk melarikan diri kerana kekayaanny­a yang begitu besar, akses kepada jet peribadi, pegangan pemilikan di sebuah pulau peribadi di Fiji, dan kerana ibu dan kakaknya tinggal di luar negara.

Allison Mack, seorang aktres televisyen, turut ditangkap pada April lalu atas tuduhan memperdaga­ngkan seks kerana didakwa merekrut wanita untuk menyertai kumpulan yang kononnya menyediaka­n mentor itu, tetapi menurut pendakwa raya AS dipaksa mengadakan hubungan seks dengan ketuanya.

Anggota didakwa dilayan seperti hamba – diselar dengan huruf awal nama Raniere ketika ditindih dalam keadaan bogel dan dirakamkan di upacara inisiasi.

Ada yang dipaksa mengamalka­n pemakanan kalori rendah kerana Raniere lebih suka dengan wanita yang luar biasa kurus, dan tidak ada anggota yang dibenarkan untuk tidur dengan sesiapa kecualinya, kata pendakwa raya. — AFP

 ??  ?? BRONFMAN
BRONFMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia