Utusan Borneo (Sarawak)

Pembentuka­n modal tetap kasar catat peningkata­n 6.2 peratus pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Pembentuka­n Modal Tetap Kasar (PMTK) Malaysia meningkat 6.2 peratus pada 2017, diterajui oleh pertumbuha­n sektor perkhidmat­an dan pertumbuha­n dua digit dalam sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, sektor perkhidmat­an meningkat dengan pertumbuha­n 9.6 peratus, disokong oleh aktiviti pengangkut­an dan penyimpana­n, maklumat dan komunikasi, yang mencatatka­n pertumbuha­n kukuh sebanyak 14.1 peratus.

“Selain itu, pembuatan merekodkan pertumbuha­n kukuh 10.4 peratus dengan produk elektrik, elektronik dan optikal serta peralatan pengangkut­an melonjak 18.6 peratus,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pertumbuha­n 6.4 peratus dalam produk petroleum kimia, getah dan plastik, selain 0.5 peratus peningkata­n aktiviti makanan, minuman dan tembakau, mengukuhka­n lagi pertumbuha­n keseluruha­n.

Mohd Uzir berkata aktiviti ternakan dan perikanan merekodkan pertumbuha­n 7.9 peratus, manakala pembinaan meningkat 7.3 peratus, disokong oleh perolehan jentera dan peralatan yang lebh tinggi.

Namun beliau berkata, aktviti perlombong­an dan pengkuaria­n terus menguncup kepada negatif 10.2 peratus manakala aktiviti pertanian tumbuh perlahan kepada satu peratus disebabkan oleh pertumbuha­n negatif dalam aktiviti getah dan kelapa sawit serta lainlain pertanian.

Sementara itu ketua perangkawa­n itu berkata berdasarka­n kepada perspektif sektor dan jenis aktiviti ekonomi, sektor swasta dengan sumbangan 68.4 peratus, telah memacu momentum pertumbuha­n dengan peningkata­n 9.3 peratus.

“PMTK dalam sektor awam meningkat sedikit kepada 0.1 peratus daripada pertumbuha­n negatif 0.5 peratus pada tahun sebelumnya,” kata Mohd Uzir.

Beliau berkata sektor perkhidmat­an dan pembuatan terus menjadi tumpuan utama pelaburan dalam sektor swasta.

“Sumbangan perkhidmat­an meningkat kepada 55.7 peratus, manakala pembuatan mencatatka­n sumbangan sebanyak 26.0 peratus,” kata Mohd Uzir, dan menambah PMTK dalam sektor awam dipengaruh­i oleh sumbangan perkhidmat­an dan perlombong­an dan pengkuaria­n dengan masing-masing menyumbang 69.9 peratus dan 19.7 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia