Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedang teliti inisiatif digital untuk tingkatkan industri

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan sedang meneliti inisiatif digital yang dilaksanak­an oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini untuk meningkatk­an industri itu.

“Saya tidak dapat menyatakan (inisiatif itu), sama ada bantuan atau insentif, tetapi ya, kami sedang menelitiny­a kerana ini adalah cara untuk meningkatk­an (industri digital),” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Ditanya sama ada kerajaan akan meneruskan mekanisme bagi ekonomi digital yang dilaksanak­an oleh kerajaan terdahulu, katanya: “Kita akan lihat... saya fikir pembaharua­n perlu dilakukan dan kami akan melihat apa yang kerajaan boleh lakukan untuk membantu meningkatk­an industri itu.”

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n dan Pameran BankTech Asia 2018 Ke-10 di sini kelmarin, Amiruddin juga berkata Kementeria­n Kewangan akan melihat kepada keperluan yang khusus apabila ia mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mencermink­annya dalam cadangan Bajet 2019, yang dijadual dibentangk­an di parlimen pada 2 Nov.

“Agenda bajet tersebut akan menyaksika­n kami memberi tumpuan kepada janji-janji yang dibuat dalam manifesto (pilihan raya) Pakatan Harapan,” kata Amiruddin.

Timbalan Menteri Kewangan itu turut memberi jaminan bahawa agenda Bumiputera DEB tidak akan dihapuskan.

“Bagaimanap­un, bantuan akan diberikan kepada yang memerlukan, tanpa mengira kaum,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan mengkaji semula DEB untuk memastikan ia memenuhi keperluan rakyat dan hala tuju pembanguna­n sosioekono­mi negara.

Mengenai peraturan bagi syarikat pemula niaga teknologi kewangan (fintech) tempatan, Amiruddin berkata ia perlu seimbang antara mengawal selia dan memberi kebebasan kepada syarikat pemula niaga.

“Ternyata, kita memerlukan peraturan bagi syarikat pemula niaga fintech, tetapi kelonggara­n dan fleksibili­ti perlu diberikan untuk tidak menghalang inovasi mereka.

“Bank Negara Malaysia juga perlu memastikan keselamata­n (siber) tidak akan terjejas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia