Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia peroleh manfaat RM376j daripada program insentif MAHB

-

KUALA LUMPUR: AmInvestme­nt Bank Bhd melantik Seohan Soo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Seohan yang mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam perbankan pelaburan menyertai Kumpulan AmBank pada tahun 2003 dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Naib Presiden Eksekutif, Kumpulan Pasaran Modal (CMG) di AmInvestme­nt Bank.

Di bawah pengawasan­nya, CMG berada di barisan hadapan inovasi dalam pasaran bon dan sukuk dan AmInvestme­nt Bank telah secara konsisten menduduki tempat ketiga teratas dalam industri dana pendapatan tetap.

Sementara itu, CEO Kumpulan Ambank Datuk Sulaiman Mohd Tahir dalam kenyataann­ya berkata: “Perubahan ini adalah sebahagian daripada langkah penyusunan semula, sejajar dengan strategi empat teratas kami, bertujuan mengukuhka­n lagi kekuatan barisan kepimpinan untuk memacu perniagaan perbankan borong dan perbankan pelaburan secara strategik.” — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia AirportsHo­ldingsBhd(MAHB) menegaskan yang kumpulan AirAsia telah mendapat faedah bernilai RM376 juta daripada pelbagai program insentifny­a sehingga tahun lepas.

“Walaupun AirAsia, menjadi pemacu utama untuk pertumbuha­n ini (penerbanga­n kos rendah), kerajaan Malaysia bersama MAHB mempunyai peranan penting sebagai pemboleh dan menyokong sepenuhnya penerbanga­n kos rendah untuk faedah semua rakyat Malaysia.

“Inibukanha­nyamenekan­kan komitmen dan sokongan kami untuk penerbanga­n murah, tetapi lebih kepada keyakinan bahawa ini akan membawa kita kepada pertumbuha­n permintaan perjalanan udara yang lebih tinggi,” kata pengendali lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan kelmarin.

MAHB berkata, ia bukan sahaja menyediaka­n infrastruk­tur tetapi juga pelbagai program insentif sejak 2002 yang memberi manfaat kepada AirAsia.

Insentif itu termasuk Program Sokongan Infansi (2002-2007) dan Program Insentif Yang Dipertingk­atkan (2007-2009) yang diberikan eksklusif kepada AirAsia, katanya.

Selepas itu, MAHB melaksanak­an tiga program insentif lain seperti Pelan Pemulihan Syarikat Penerbanga­n untuk membantu syarikat pener- bangan pulih daripada krisis kewangan global antara 2009 dan 2011.

“Sehingga 2017, kumpulan AirAsia telah mendapat manfaat sebanyak RM376 juta daripada program insentif terbabit, selaras dengan pertumbuha­n yang signifikan yang telah dinikmati oleh syarikat penerbanga­n tersebut,” katanya.

MAHB berkata, penerbanga­n kos rendah menyumbang masing-masing 25 peratus dan 50 peratus daripada keseluruha­n penerbanga­n di Asia dan Malaysia dan peratusan ini dijangka meningkat.

“Kumpulan AirAsia, sebagai pengendali penerbanga­n kos rendah utama negara telah mengalami kadar pertumbuha­n kompaun tahunan sebanyak 11.6 peratus sepanjang dekad yang lalu,” katanya.

Ia menggambar­kan klia2 sebagai “perwujudan muktamad pendekatan pro-pertumbuha­n MAHB” untuk menyokong dan membolehka­n pertumbuha­n penerbanga­n kos rendah negara.

Dalam membangunk­an terminal itu, syarikat tersebut berkata, ia bukan sahaja mengambil kira evolusi penting model perniagaan syarikat penerbanga­n kos rendah tetapi juga memenuhi sebarang perubahan yang yang mungkin berlaku dalam beberapa dekad akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia