Utusan Borneo (Sarawak)

Perkukuh reformasi, pastikan pertumbuha­n manfaatkan semua rakyat: Bank Dunia

-

KUALA LUMPUR: Pilihan raya bersejarah Malaysia yang menyaksika­n perubahan kerajaan dalam tempoh enam puluh tahun merupakan satu peluang yang unik untuk memperkuku­h pembaharua­n dan memastikan pertumbuha­n ekonomi memberi manfaat kepada semua rakyat, kata Ketua Ahli Ekonomi Makroekono­mi Kumpulan dan Amalan Global Pengurusan Fiskal Bank Dunia, Richard Ricord.

Menyifatka­n Malaysia sebagai negara yang hebat, beliau berkata, apa yang jelas adalah terdapat perbezaan yang besar antara apa yang ditunjukka­n oleh nombor dan bagaimana perasaan penduduk.

Kempen yang sengit menyaksika­n kos sara hidup diketengah­kan, serta perdebatan mengenai sama ada pertumbuha­n ekonomi benar-benar diterjemah­kan kepada keuntungan yang memperbaik­i kehidupan rakyat Malaysia, katanya.

“Apa yang kami dapati ialah walaupun pertumbuha­n purata mungkin kukuh, terdapat perbezaan yang semakin meningkat antara rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor perkhidmat­an berbanding pembuatan. Upah dalam sektor pembuatan, yang kebanyakan­nya berorienta­sikan eksport, berkembang sebanyak empat kali ganda berbanding dalam perkhidmat­an,” katanya dalam satu artikel yang bertajuk ‘Mengapa penting untuk melihat melepasi purata apabila ia berkait dengan perkembang­an Malaysia’, yang dikeluarka­n kelmarin.

Selain itu, walaupun inflasi purata mungkin rendah, kos makanan dan perumahan telah meningkat pada kadar yang lebih pantas selama beberapa tahun, lebih- lebih lagi di kawasan bandar, di mana ia kini satu pertiga lebih tinggi berbanding 2010.

Isi rumah berpendapa­tan rendah membelanja­kan lebih banyak pendapatan mereka ke atas makanan dan perumahan, malah 10 peratus rakyat Malaysia yang paling miskin menghabisk­an dua pertiga daripada pendapatan mereka ke atas kedua-dua perkara tersebut, yang telah menyaksika­n peningkata­n kos yang paling tinggi, kata Record yang berpangkal­an di Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia