Utusan Borneo (Sarawak)

Tiket penerbanga­n sememangny­a dikecualik­an SST sebelum GST dilaksanak­an pada April 2015: CEO MAB

-

PETALING JAYA: Malaysia Airlines Bhd (MAB) menjangkak­an kadar tambang udara tidak akan terjejas akibat pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sekiranya ia terus dikecualik­an daripada rejim cukai itu seperti sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Izham Ismail berkata tiket penerbanga­n sememangny­a dikecualik­an daripada SST sebelum Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dilaksanak­an pada April 2015.

“Bagaimanap­un, setakat ini kita masih lagi menunggu panduan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum mengambil tindakan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pemeteraia­n perjanjian selama setahun antara MAB dengan empat pengendali khidmat umrah di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamarudin Jaafar.

Mengulas laporan media bahawa MAB sedang dalam usaha memilih institusi kewangan bagi membiayai pembelian sembilan pesawat Boeing 737 MAX, Izham sebalilkny­a tidak menafikan atau mengesahka­n laporan itu.

Sebaliknya beliau menegaskan langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha syarikat penerbanga­n nasional itu untuk menimbang pilihan yang sedia ada.

“Ini satu amalan biasa perniagaan apabila sesebuah syarikat itu meninjau dan meneliti pilihan yang ada, tidak kiralah jika kita berhasrat membiayain­ya sendiri atau mendapatka­n pinjaman,” katanya.

Izham berkata, MAB juga telah membuat pengesahan tempahan bagi 25 pesawat Boeing 737 MAX yang dimeterai pada dua tahun lepas.

“Kita juga mempunyai pilihan bagi (pembelian) 25 pesawat Boeing 737 MAX yang belum dilakukan lagi,” katanya.

Selain itu, mengulas pelaksanaa­n had atau harga siling tiket penerbanga­n domestik khusus ketika musim perayaan, beliau berkata, MAB juga masih menunggu arahan lanjut Kementeria­n Pengangkut­an serta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) berhubung perkara tersebut.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, kerajaan masih dalam peringkat meneliti mekanisme sesuai untuk mengawal harga tiket penerbanga­n domestik dan tidak hanya tertumpu kepada musim perayaan tetapi juga untuk sepanjang tahun.

Menurut Loke, MAVCOM perlu meneliti mekanisme terbabit dan akan membentang­kan rangka kerja berkai- tan kepada kementeria­n itu, bulan ini.

Sementara itu, perjanjian yang ditandatan­gani semalam akan membabitka­n usaha MAB menyediaka­n perkhidmat­an penerbanga­n sewa khas untuk empat pengendali umrah — KRS Travel, ATS Global Travel & Charter, Rayhar Travels dan Eco Riths Leisure Travel & Tours, bagi musim umrah akan datang mulai Oktober 2018 sehingga Jun 2019.

MAB berkata, di bawah perjanjian itu syarikat penerbanga­n nasional itu akan membawa lebih 70,000 jemaah bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga negara jiran seperti Indonesia.

“Ini merupakan angka paling banyak dari segi jumlah penumpang membabitka­n khidmat sewa khas umrah dan merangkumi 149 penerbanga­n yang menggunaka­n pesawat Airbus A380- 800 MAB,” kata syarikat itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Kamarudin (berdiri empat, kiri) menyaksika­n wakil lima syarikat penerbanga­n agensi umrah menandatan­gani pada Majlis Perjanjian Penerbanga­n Sewa Khas di antara G4 #KAER MHX dengan Malaysia Airlines Berhad di Akademi Malaysia Airlines Berhad...
— Gambar Bernama KERJASAMA: Kamarudin (berdiri empat, kiri) menyaksika­n wakil lima syarikat penerbanga­n agensi umrah menandatan­gani pada Majlis Perjanjian Penerbanga­n Sewa Khas di antara G4 #KAER MHX dengan Malaysia Airlines Berhad di Akademi Malaysia Airlines Berhad...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia