Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran Lori Hino di Dataran Bandar Sibu Fasa II sempena BCF

-

SIBU: Lu & Sons Engineerin­g Sdn Bhd kini mengadakan Pameran Lori Hino di Dataran Bandar Sibu Fasa II sehingga 28 Julai ini.

Pengarah urusannya Lu Kui Tiong berkata, pameran bermula jam 5 petang hingga 10 malam itu sempena dengan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF).

“Kami menawarkan Hino Siri 700, Hino Siri 500, dan Hino Siri 300 semasa pameran ini. Mereka yang membuat pembelian semasa pameran bergerak ini akan menikmati servis percuma 10 kali,” ujarnya.

Lu berkata, Lu & Sons Engi- neering Sdn Bhd adalah pengedar 3S Hino dan merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mula menjual Hino Siri 700.

“Kita adalah syarikat pertama di Malaysia yang menjual Hino 700. Kita mula menjual siri 700 ini pada bulan Februari 2014 di Bintulu,” katanya sambil menambah setakat ini syarikat telah menjual lebih daripada 100 Hino Siri 700.

Beliau juga berkata, 80 peratus daripada pasaran jualan untuk Hino 500 adalah di Malaysia Timur.

Lu & Sons Engineerin­g Sdn Bhd memulakan perniagaan di Bintulu pada 1984, sebelum mengembang­kan perniagaan ke Kuching ( 2010), Sibu (2011) dan Miri (2014).

“Syarikat juga berjaya melepasi sasaran jualan selama enam tahun berturut-turut untuk Kenderaan Komersil Berat. Kita juga merupakan juara tiga kali untuk pertanding­an Hino Total Contest Support sejak 2015, yang dianjurkan di seluruh negara.

“Syarikat sentiasa menghantar kakitangan kita untuk menjalani latihan. Selepas latihan, kita menghantar mereka untuk pertanding­an itu untuk menguji kemahiran dan pengetahua­n mereka dan kita telah menang untuk tiga tahun berturut-turut,” ujar Lu.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubung­i Ibu Pejabat Lu & Sons Engineerin­g di Bintulu ( 086334834/ 313359/ 330855), Kuching (082-882225), Sibu ( 084- 319373/ 339373) dan Miri (085-418737/ 428737).

 ??  ?? KUNJUNGI KAMI: Lu (tengah) bersama Pengurus Lu & Sons Engineerin­g Cawangan Sibu, Madgalina Lu serta yang lain gerai pameran mereka di Dataran Bandar Sibu Fasa II.
KUNJUNGI KAMI: Lu (tengah) bersama Pengurus Lu & Sons Engineerin­g Cawangan Sibu, Madgalina Lu serta yang lain gerai pameran mereka di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia