Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Harapan Malaysia adalah manifestas­i keprihatin­an rakyat

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat hari ini diberitahu Tabung Harapan Malaysia (THM) adalah manifestas­i keprihatin­an rakyat terhadap masalah negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata menerusi tabung itu, rakyat berpeluang menyumbang mengikut kemampuan mereka bagi membantu kerajaan menangani hutang negara.

“Seorang rakyat datang ke pejabat perdana menteri, membawa RM100 dan menyatakan (wang) itu adalah sumbangann­ya untuk memastikan bahawa hutang negara dapat dikurangka­n,” kata Amiruddin semasa menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) pada sesi soal jawab persidanga­n itu di sini.

Beliau berkata selepas itu, pelbagai pihak telah secara sukarela mengumpulk­an sumbangan dan menyerahka­nnya kepada kerajaan.

Justeru, bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan daripada semangat patriotism­e rakyat, kerajaan pada 30 Mei lalu bersetuju menubuhkan THM menurut Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957, katanya.

Beliau berkata, setakat 3 petang kelmarin, jumlah terkumpul THM ialah sebanyak RM161,896,353.60 yang disumbangk­an oleh 289,002 penderma.

“Penderma dan penyumbang tabung ini terdiri daripada individu dan syarikat, berbilang kaum dari dalam dan luar negara,” katanya menambah dana yang terkumpul akan digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan persekutua­n.

Bagaimanap­un katanya THM tidak akan dapat melangsaik­an keseluruha­n hutang negara yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.

Menjawab soalan Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Amiruddin berkata tindakan tersebut dibuat bukan untuk populariti tetapi satu langkah mengurangk­an beban rakyat.

“… rakyat merungut teruk ditekan disebabkan GST, maka kerajaan menunaikan janjinya seperti dalam manifesto, sifarkan GST dan selepas ini akan memperkena­lkan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an yang tidak akan membebanka­n rakyat dengan teruk seperti GST,” katanya.

Mengenai dakwaan Ahmad bahawa kerajaan pimpinan PH membuat hutang baharu berjumlah RM22 bilion, Amiruddin berkata setakat yang diketahuin­ya tiada hutang baharu melainkan yang ditinggalk­an oleh kerajaan terdahulu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia