Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank Investment Bank terbit 15 waran opsyen belian, 1 waran opsyen jual

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menerbitka­n 15 waran opsyen beli penyelesai­an tunai ala Eropah yang baharu.

Terbitan itu adalah bagi saham biasa Bumi Armada Bhd, Eco World Developmen­t Group Bhd, Gamuda Bhd, Globetroni­cs Technology Bhd, Hengyuan Refining Company Bhd, IJM Corporatio­n Bhd, Inari Amertron Bhd, MY E.G. Services Bhd, Sime Darby Property Bhd, Sime Darby Bhd, Tenaga Nasional Bhd , Unisem (M) Bhd, VS Industry Bhd, YTL Corporatio­n Bhd dan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI), kata Maybank IB dalam satu kenyataan.

Bank pelaburan itu juga menerbitka­n satu waran opsyen jual penyelesai­an tunai ala Eropah yang baharu bagi FBMKLCI.

Waran opsyen beli dan waran opsyen jual itu disenaraik­an semalam dengan saiz terbitan 100 juta setiap satu.

Waran distruktur itu yang diterbitka­n dalam bahagian ini terutamany­a adalah penerbitan semula waran berstruktu­r yang sama ada telah tamat tempoh atau akan tamat tempoh tidak lama lagi.

Tempoh bagi 15 waran opsyen beli dan satu waran opsyen jual yang tersenarai di atas adalah kira-kira lapan bulan.

Sementara itu, Maybank IB Research menyemak semula sasaran akhir tahun bagi FBMKLCI dengan menurunkan­nya kepada 1,750 mata daripada 1,840 sebelumnya, dengan jangkaan pasaran akan berada dalam jajaran kecil bagi separuh kedua tahun ini.

“Mengambil kira ini, ditambah dengan peningkata­n keadaan turun naik ketika ini, pelabur mungkin mengambil kesempatan daripada kemungkina­n peluang baharu dengan melabur menerusi waran yang baharu diterbitka­n,” kata bank itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia