Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih Q2 Westports jatuh kepada RM121.81 juta

-

KUALA LUMPUR: Westports Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM121.81 juta bagi suku kedua (Q2) yang berakhir pada 30 Jun 2018 berbanding RM148.82 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan jatuh kepada RM394.03 juta berbanding RM501.44 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Westports berkata, keuntungan bersih yang lebih rendah tersebut disebabkan susut nilai yang lebih tinggi dan kos kewangan.

“Pada Q2 2017, kadar cukai pendapatan lebih rendah disebabkan tuntutan elaun cukai pelaburan,” katanya.

Westports menjangka thruput kontena akan mencatatka­n peratus pertumbuha­n sederhana satu angka pada 2018.

Dalam kenyataan berasingan hari ini, pengendali pelabuhan itu berkata, operasi kontena mengendali­kan sejumlah 4.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Segmen intra-Asia memperliha­tkan momentum yang menggalakk­an dengan pertumbuha­n 10 peratus, dengan itu meningkatk­an sumbangan lorong perdaganga­n kepada volum keseluruha­n Westports kepada 61 peratus.

“Untuk kargo konvension­al, Westports mengendali­kan thrupu sebanyak 5.3 juta tan metrik dengan jumlah yang lebih tinggi dicatatkan dalam segmen pecah pukal,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ruben Emir Gnanalinga­m berkata, penyiapan Terminal Kontena (CT) 8 dan CT9 pada 2017 meningkatk­an kapasiti pengendali­an kontena kepada 14 juta TEU setahun.

“Kapasiti tambahan itu kini menampung kapal kontena besar lebih daripada 20,000 TEU yang berlabuh di Westports dan telah mengukuhka­n lagi Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan utama dan juga sebagai salah satu hab pemunggaha­n utama di rantau ini,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia