Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kg Salung mohon pihak berwajib selesaikan masalah banjir

-

KOTA KINABALU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah mengingatk­an semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

Pengarah JAS Negeri Sabah Tunku Khalkausar Tunku Fathahi berkata, setiap kawasan tanah juga perlu dijaga dari berlaku kebakaran.

Katanya, langkah itu juga bagi mengelakka­n kebakaran dari merebak dan menjejaska­n kualiti udara setempat.

Menurutnya, peringatan berkenaan berikutan dari amaran ‘hari tidak hujan’ yang diterima daripada Ibu Pejabat Meteorolog­i Malaysia.

“Amaran terbabit hasil pemantauan Jabatan Meteorolog­i pada 22 Julai lepas di beberapa kawasan di negeri ini yang mencatatka­n ketiadaan hujan.

“Ia termasukla­h kawasan Kunak yang mencatatka­n selama 15 hari tidak hujan, Stesen Pertanian Pitas 11 hari, stesen Meteorolog­i Keningau selama sembilan hari, Stesen Meteorolog­i Ranau dan Mesilau masing-masing mencatatka­n tujuh hari,” jelasnya dalam kenyataan di sini pada Selasa. KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Salung Melawa Sepanggar merayu kepada pihak berwajib agar bantu mengatasi masalah banjir yang kerap kali menimpa kampung itu.

Keadaan banjir bukan sahaja berlaku ketika hujan lebat, tetapi hujan sederhana lebat yang berterusan dalam setengah jam turut menyebabka­n paras air meningkat.

Menurut penduduk kampung Ab Ghaffar Takunai, Kg Salung diibaratka­n sebagai kawasan tadahan hujan kerana kilang-kilang yang wujud di sekeliling­nya telah menyebabka­n kampung ini terhimpit sekali gus memberi kesan besar ke atas aliran air.

“Air-air yang mengalir ketika hujan tidak dapat ditampung oleh sistem perparitan yang tidak sempurna.

“Saya selalu berasa risau apabila meninggalk­an anak-anak di rumah ketika saya bekerja apabila hujan yang turun tidak berhenti-henti.

“Saya cemas dan segera balik ke rumah bagi memastikan mereka dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Razuan Aziz yang juga salah seorang penduduk di sana menjelaska­n rumah-rumah di kampung itu terpaksa meninggika­n dinding simen sebagai penahan banjir.

Katanya, usaha meninggika­n dinding sehingga tiga kaki dari lantai adalah bagi mengelakka­n air daripada membanjiri rumah.

“Sampai bila lagi kami boleh bertahan kalau keadaan ini berterusan,” katanya sambil berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil perhatian terhadap perkara itu sekali gus menyelesai­kan masalah yang dihadapi.

Ketua Wirawati Sepanggar Erzayani Opong yang dijem- put penduduk untuk melawat kawasan itu berkata, sistem perparitan yang ada tidak sempurna kerana terdapat longkang cetek dan tidak bersimen bagi mengelakka­n tanah jatuh semula dan menutupi saluran air.

Katanya, air hujan yang mengalir dari kilang-kilang sekitarnya juga turut dilihat memasuki kawasan perkam- pungan itu sehingga tidak dapat ditampung oleh longkang sedia ada.

“Saya juga kesal dengan kerajaan sebelum ini kerana tidak prihatin masalah yang menimpa penduduk di sini.

“Masalah banjir ini sudah banyak kali diajukan sepanjang lebih 15 tahun kepada wakil rakyat di kawasan ini.

“Saya akan membawa masalah ini ke pihak pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai untuk perhatian dan tindakan segera,” katanya.

Beliau menjelaska­n sekiranya perlu perkara itu akan dibawa terus kepada pengetahua­n pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

 ??  ?? TINJAU: Erzayani (dua kanan) bersama beberapa penduduk Kg Salung meninjau keadaan parit yang tidak sempurna.
TINJAU: Erzayani (dua kanan) bersama beberapa penduduk Kg Salung meninjau keadaan parit yang tidak sempurna.
 ??  ?? BANTU KAMI: Keadaan rumah yang ditenggela­mi air semasa kejadian banjir baru-baru ini.
BANTU KAMI: Keadaan rumah yang ditenggela­mi air semasa kejadian banjir baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia