Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor ceroboh kawasan tanah penduduk untuk pembalakan

-

KOTA MARUDU: Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (WARISAN) kawasan Kota Marudu Datuk Baintin Adun meminta agar pihak kerajaan membatalka­n atau mengecilka­n pemilikan geran tanah komunal yang dikendalik­an syarikat besar kerana tidak menguntung­kan rakyat.

Katanya pemberian kawasan tanah geran komunal tidak membantu rakyat sama sekali berikutan rakyat serta penduduk tempatan sendiri sebagai penama geran tidak dapat merasai hasil bumi yang diusahakan di kawasan terbabit.

“Kesemua hasil tanaman di tanah terbabit didakwa dilupuskan oleh syarikat besar yang juga kontraktor yang menceroboh kawasan tanah yang sudah diusahakan penduduk untuk tujuan pembalakan.

“Kita juga mendapat aduan daripada penduduk kampung terutama di Kampung Langkabung­an 1 mendakwa syarikat ini mengambil kayu balak untuk pasaran eksport dan tempatan, pada masa sama tanaman termasuk getah dirosakkan untuk tujuan itu,” katanya.

Menurutnya, pemilik tanah juga sudah membuat aduan di Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah ( PPHT) dan Pejabat Perhutanan bagaimanap­un tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga kayu balak habis diambil sejak tahun lalu.

“Lebih 2,000 kayu balak dipercayai diambil di Kampung Langkabung­an 1 yang mana ia adalah di luar kawasan syarikat besar itu menyebabka­n penduduk menahan kayu daripada dibawa keluar.

“Malangnya pihak berkuasa tidak melaksanak­an apa-apa tindakan sewajarnya dan lebih teruk pihak syarikat mengugut penduduk bahawa mereka mempunyai hak untuk membatalka­n geran komunal ditahan terbabit,” katanya.

Oleh itu katanya lesen membalak serta tanah komunal seluas 60,000 hektar yang dipegang oleh syarikat besar itu perlu dikaji semula untuk kebaikan serta kesejahter­aan penduduk.

“Sebagai telinga kerajaan saya merayu agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menarik balik tanah atau mengecilka­n kawasan yang diperuntuk­kan kepada syarikat besar ini.

“Sempadan tanah antara syarikat besar dan kawasan sekeliling juga perlu ditandakan bagi mengelak penceroboh­an daripada mana-mana pihak serta kawasan tanah perlu dikeluarka­n dari kawasan syarikat besar agar rakyat dapat mengusahak­an tanah terbabit secara berkelompo­k untuk tujuan pertanian,” katanya.

Tambahnya geran tanah komunal itu juga perlu ditukarkan kepada geran milik persendiri­an untuk kebaikan masa hadapan penduduk Kota Marudu sendiri.

 ??  ?? TIADA KOMPROMI: Sebahagian kayu balak yang sempat ditahan oleh penduduk daripada dibawa keluar oleh syarikat besar yang didakwa menceroboh kawasan penduduk kampung.
TIADA KOMPROMI: Sebahagian kayu balak yang sempat ditahan oleh penduduk daripada dibawa keluar oleh syarikat besar yang didakwa menceroboh kawasan penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia