Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK IKRAR SEKAT IMPIAN FELCRA FC

Skuad dalam ‘mood’ terbaik, tidak akan beri laluan mudah pada aksi terakhir malam ini: Awang Mahyan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak berikrar untuk menyekat impian Felcra FC menempah slot ke Liga Super tahun depan apabila dua pasukan itu bersemuka dalam aksi terakhir 100Plus Liga Premier di Stadium Shah Alam malam ini.

Pengurus Pasukan, Awang Mahyan Awang Mohamed berkata, anak-anak buahnya berada dalam ‘mood’ terbaik untuk menggagalk­an citacita ‘ The Rivals’ susulan kemenangan 5-2 ke atas Terengganu FC II pada Sabtu lepas sekali gus mengekalka­n mereka dalam kempen Liga Premier 2019.

“Apa jua keputusan dari perlawanan ini tidak akan menjejaska­n kedudukan Sarawak. Kita turun tanpa tekanan kerana pasukan sudah mencapai misi untuk kekal dalam kempen Liga Premier tahun depan.

“Sebaliknya, pasukan tuan rumah yang lebih terdesak kerana mereka perlu menang untuk mengesahka­n engesahkan slot dalam m Liga Super 2019. 19.

“Ia bukan mudah ah bagi tuan n rumah kerana kita telah berikrar tidak akan memberi i laluan perrcuma kepada ada mereka,” jelas Awang Mahyan kepada Utusan tusan Bor Borneo semalam. D Dari segi peluang, Awang Mahyan akui ke kelebihan memihak kepada pasukan lawan yang bakal diperkuat ribuan pemain ‘ke-12’ datang memberikan sokongan demi memastikan Felcra FC mara ke Liga Super tahun depan.

Tambahan lagi, Sarawak katanya akan turun tanpa tiga tonggak import, Mateo Roskam dan Milos Raickovic yang digantung perlawanan manakala Kim Chigon mengalami kecederaan.

“Ketiadaan tiga pemain import itu tidak akan men- jejas persiapan kita untuk menghadapi perlawanan ini. Kita tetap akan mempertaru­h barisan terbaik untuk menggagalk­an peluang Felcra FC.

“Saya percaya jika semua pemain dapat mengulangi semula corak permainan semasa menentang Terengganu FC II, peluang kita untuk menang pasti ada,” katanya lagi.

Felcra FC yang mengumpul 31 mata perlu menewaskan Sarawak untuk mengesahka­n slot ke Liga Super.

Keputusan sebaliknya bakal membuka peluang kepada MISC-MIFA yang mengumpul 29 mata memintas di saat akhir jika mereka dapat menewaskan Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah juga pada malam ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEDIA BERAKSBERA­KSI: Bobby (dua kanan) bersama rakan sepasukan lain menjadi pertaruhan Sarawak untuk merencat pesta Felcra FC. Gambar Gamb sisipan Awang Mahyan.
SEDIA BERAKSBERA­KSI: Bobby (dua kanan) bersama rakan sepasukan lain menjadi pertaruhan Sarawak untuk merencat pesta Felcra FC. Gambar Gamb sisipan Awang Mahyan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia