Utusan Borneo (Sarawak)

DUA DIDAKWA CUBA CULIK MURID, DIBURU

-

KUCHING: Polis giat menjejaki dua individu yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari bilik mandi asrama sekolah Kebangsaan (SK) Suri, Debak Betong.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Mohd Fadhil Antum Abdullah berkata, siasatan dari semua aspek sedang dijalankan termasuk melakukan rondaan di sekitar kawasan terbabit.

“Kami berusaha mengesan suspek yang dikatakan terdiri daripada dua individu dipercayai melarikan diri menggunaka­n sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) berwarna putih,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam Rabu lepas ketika murid tahun lima terbabit bersama beberapa rakannya berada di bilik mandi apabila dia ditarik dan diseret oleh seorang individu bertopeng serta bersenjata­kan parang.

“Mujur kanak-kanak terbabit berjaya melepaskan diri, di mana berlaku pergelutan di antara mereka sebelum suspek melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya lagi.

Tambahnya, suspek dipercayai memasuki kawasan itu dari bahagian belakang asrama sekolah berkenaan.

“Kawasan sekolah terutama di bahagian belakang asrama tersebut adalah gelap dan tiada lampu jalan,” jelasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Stephen Lamkop berkata, ibu bapa serta kakitangan sekolah bermalam di asrama sekolah berkenaan bersama murid bermula malam kelmarin.

“Selain itu, pihak sekolah turut membenarka­n ibu bapa yang memohon untuk membawa balik anak-anak mereka pulang ke rumah masingmasi­ng sementara siasatan polis berhubung kes dijalankan.

“Selain melakukan rondaan di sekitar kawasan sekolah, pihak sekolah turut mengubah kedudukan kamera litar tertutup (CCTV),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 ??  ?? DI SINI: Bilik mandi asrama sekolah terbabit yang dikatakan lokasi mangsa diseret suspek.
DI SINI: Bilik mandi asrama sekolah terbabit yang dikatakan lokasi mangsa diseret suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia