Utusan Borneo (Sarawak)

KEPULANGAN PENUH HIBA

Jasad Catherine tiba di kampung halaman, dijangka dikebumi jam 1 petang esok.

- Oleh Jessica Jawing dan Clare Cinderella

BAU: Jasad guru yang terkorban dalam tragedi kebakaran Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu, Catherine Janet Tiwi tiba di kampung halamannya di Kampung Skio di sini sekitar jam 7 malam tadi.

Jasad mendiang Catherine, 25, yang dibawa menggunaka­n van Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diiringi bapanya, Tiwi Nios, 53, yang juga Pegawai Kanan Bomba di Balai Bomba Bau dan ibu, Wency Seimon, 48 disambut dengan penuh hiba oleh ahli keluarga dan saudara-mara.

Selain itu, difahamkan penduduk kampung telah mula berada di rumah mangsa sekitar jam 5 petang sebagai tanda sokongan.

Upacara pengebumia­n dijangka diadakan esok, jam 1 petang di kawasan perkuburan Kampung Skio, Jalan Jambusan, Bau.

Terdahulu, bapa saudara mendiang, Peter Nios ketika ditemui Utusan Borneo di rumah mendiang petang semalam berkata, beliau tidak menyangka ucapan ‘selamat tinggal’ dan bersalaman dengan abangnya semasa menghantar­nya pulang, seolah-olah petanda pemergian Catherine Janet Tiwi buat selama-lamanya.

Mendiang Catherine yang dihantar abangnya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) pada Isnin lepas ke Miri, sebelum ini tidak pernah berbuat demikian.

Peter berkata, dia dimaklumka­n abang mendiang bahawa sebelum berangkat, Catherine mengucapka­n selamat tinggal kepada abangnya.

“Abangnya hantar dia ke lapangan terbang dan tidak pernah selama ini dia bersalaman dan mengucapka­n selamat tinggal.

“Namun hari itu, abang dia memberitah­u, Catherine turut mengucapka­n selamat tinggal dan bersalaman dengannya,” katanya.

Peter berkata, Catherine seorang anak yang sangat disenangi oleh semua kerana sikapnya yang peramah selain aktif dalam keagamaan.

Turut berasa sedih dengan pemergian Catherine, rakannya dari sekolah menengah hingga kini, Sabrina Metree yang tidak menyangka bahawa pertemuan mereka pada Jumaat, 20 Julai lepas merupakan yang terakhir baginya.

Dia yang tidak dapat menahan sebak berkata, pada hari itu mereka bersama-sama mendaki Bung Jagoi.

“Saya amat terasa dengan pemergiann­ya kerana kita baharu sahaja bertemu pada Jumaat lepas dan kami amat gembira kerana dapat berjumpa dan mendaki gunung bersama.

“Namun saya tidak menyangka ia pertemuan terakhir kami. Catherine pada saya amat mulia kerana sanggup berkorban dan saya tidak dapat menerima pemergiann­ya,” katanya.

Sementara itu, jasad mendiang Catherine dibawa pulang menggunaka­n pesawat kargo MH2803 yang berlepas dari Miri jam 4.40 petang semalam dan tiba di LTAK sekitar jam 5.40 petang.

Suasana pilu turut menyelubun­gi rumah mayat Hospital Miri semalam dengan rakanrakan guru yang bersama dengan mendiang semasa menuntut di IPG Kampus Miri hadir untuk menyampaik­an takziah kepada ahli keluargany­a dan memberikan penghormat­an terakhir kepada Catherine.

Selain itu, rakan-rakan guru, tempat di mana beliau mulai mengajar secara praktikal iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph serta SMK Baru, Miri turut mengunjung­i keluarga dan memberi penghormat­an terakhir mereka.

Hadir sama, guru-guru besar dan rakan-rakan guru dari sekolah rendah dan menengah sekitar Miri yang melahirkan simpati mereka ke atas tragedi hitam dalam dunia pendidikan di Sarawak dalam tempoh 20 tahun ini.

Ia antara tragedi paling buruk di negeri ini selepas tragedi di SK Abang Moh, Sessang, pada 9 Oktober 1996 yang mengorbank­an 14 murid berusia sembilan hingga 11 tahun apabila asrama pelajar lelaki musnah dalam kebakaran pada tengah malam.

Dalam kejadian di SK Batu Bungan, Mulu sekitar jam 5 pagi kelmarin, kuarters separuh kekal tempat Catherine menginap bersama empat yang lain musnah dalam kebakaran.

Mangsa yang dikatakan tidak sempat keluar menyelamat­kan diri selepas cubaannya menyelamat­kan dua lagi rakannya dalam bilik berasingan di kuarters tersebut dan jasadnya kemudian ditemui rentung di kawasan ruang tamu kuarters berkenaan oleh pasukan bomba.

Mangsa bersama empat lagi guru dari SK Penghulu Baya Mallang berada di SK Batu Bungan sebagai guru pengiring kem motivasi pelajar yang dijadualka­n berakhir Sabtu ini, yang telah bertukar menjadi hari pengebumia­n Catherine.

Dalam perkembang­an berkaitan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong memberitah­u, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan beliau turut menafikan dakwaan mengenai bekalan elektrik terputus kerana sekolah tersebut menggunaka­n jana kuasa elektrik sahaja.

“Kita tahu kebakaran bermula dari bahagian dapur, namun punca sebenar api tercetus kini masih disiasat dengan semua bahan-bahan bukti yang dikumpul sudah dibawa ke makmal untuk disiasat dengan terperinci,” katanya kepada pemberita di Miri, semalam.

 ??  ?? TIBA: Anggota bomba serta saudara mendiang membawa masuk keranda mendiang ke rumahnya. PILU: Bapa mendiang (duduk kanan) dan ibunya (duduk dua kanan) serta neneknya ditenangka­n ahli keluarga sebaik jasad mendiang tiba di rumahnya malam tadi.
TIBA: Anggota bomba serta saudara mendiang membawa masuk keranda mendiang ke rumahnya. PILU: Bapa mendiang (duduk kanan) dan ibunya (duduk dua kanan) serta neneknya ditenangka­n ahli keluarga sebaik jasad mendiang tiba di rumahnya malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia