Utusan Borneo (Sarawak)

Mendiang Catherine guru amat disayangi murid

Mendiang seorang yang ceria dan aktif serta amat berdedikas­i dalam setiap perkara yang dilakukan

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Tragedi yang menimpa guru muda Catherine Janet Tiwi, 25, yang maut dalam kebakaran kuarters guru di Sekolah Kebangsaan ( SK) Batu Bungan, awal pagi kelmarin bukan sahaja amat memilukan dan sukar diterima ahli keluarga, malah turut memberi kesan kepada murid- muridnya.

Sebagai guru kelas Tahun 6 Perdana di SK Penghulu Baya Mallang, Catherine adalah guru paling disayangi bukan sahaja murid kelasnya tetapi juga mereka yang berpeluang diajarnya.

Rakan setugasnya Adib Mat menyifatka­n mendiang seorang yang ceria dan aktif serta amat berdedikas­i dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Beliau merupakan insan yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman.

“Kami sangat terasa dengan kehilangan beliau dan amat meratapi pemergian mendiang.

“Ini merupakan satu kehilangan amat bermakna buat sekolah kami.

“Catherine juga merupakan cikgu yang paling disayangi di sekolah terutama oleh murid- muridnya,” katanya, semasa ditemui Utusan Borneo di sini, semalam.

Mendiang Catherine merupakan lepasan Institut Pendidikan Guru ( IPG) Kampus Miri pada 2016 dan SK Penghulu Baya Mallang di Long Terawan, Mulu, di Baram, merupakan sekolah pertama tempat ditugaskan mengajar.

Seorang lagi rakan sejawat yang turut serta bersama Catherine sebagai guru pengiring semasa kem motivasi pelajar UPSR di SK Batu Bungan ketika itu, Ahmad Shafik Mat Arisah, turut mengakui mendiang guru yang amat baik.

“Beliau seorang yang baik dan cukup ceria.

“Tiada sesuatu yang buruk mengenainy­a sepanjang saya mengenalin­ya di sekolah tersebut yang major- itinya murid- murid kaum Berawan,” katanya.

Menurut Ahmad Shafik, lima daripada mereka dari SK Penghulu Baya Mallang termasuk mendiang Catherine menjadi guru pengiring untuk kem motivasi tersebut ketika kejadian dan beliau merupakan mangsa pertama yang terselamat dibawa ke Miri dari lokasi kejadian di Mulu.

Katanya, ia sesuatu kehilangan yang amat mengejutka­n dan menyedihka­n bagi sekolah itu dan semua guru serta murid sekolah berkenaan sudah dimaklumka­n mengenai tragedi tersebut.

Seorang lagi rakan guru mereka dari SK Penghulu Baya Mallang, Nur Syuhada Azahari, 27, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri dan akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak ( HUS) di Kuching untuk rawatan susulan.

Manakala Siti Masrina dari SK Batu Bungan hanya mengalami kelecuran di tapak kaki dan dirawat di Klinik Desa di Mulu, dengan keadaannya semakin stabil.

Sementara itu, mayat mendiang Catherine dibawa pulang menggunaka­n pesawat kargo MH2803 yang berlepas dari Miri jam 4.40 petang semalam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching ( LTAK) pada jam 5.40 petang.

Turut mengiringi mayat mendiang ialah bapanya, Tiwi Nios, 53, yang juga Pegawai Kanan Bomba di Balai Bomba Bau dan ibunya Wency Seimon, 48.

 ??  ?? ADIB
ADIB
 ??  ?? AHMAD SYAFIK
AHMAD SYAFIK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia