Utusan Borneo (Sarawak)

Isu royalti: Ahli Parlimen GPS persoal pendirian Chong

Tawaran PH Sarawak adalah bercanggah sama sekali dengan kenyataan PM dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Fadillah

-

KUCHING: Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempersoal­kan pendirian Pengerusi Pakatan Harapan ( PH) Sarawak Chong Chieng Jen mengenai tuntutan royalti 20 peratus minyak dan gas untuk Sarawak.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, PH Sarawak telah menawarkan royalti sebanyak 20 peratus daripada pengeluara­n minyak di negeri ini dan 50 peratus daripada kutipan cukai di Sarawak jika berjaya menawan Putrajaya.

Namun katanya, perkara ini bercanggah sama sekali dengan apa yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada persidanga­n Dewan Rakyat yang sedang berlangsun­g sekarang.

“Persoalann­ya sekarang ialah apakah pendirian Chong mengenai tuntutan royalti 20 peratus itu? Adakah beliau akan terus bersama kerajaan Sarawak untuk tidak berganjak menuntut royalti 20 peratus atau sudah berubah?

“Apa yang jelas, harapan rakyat Sarawak kepada kerajaan PH adalah untuk menunaikan janji dalam Manifesto PH untuk memberikan royalti 20 peratus berasaskan hasil pengeluara­n dan mengembali­kan hak-hak Sarawak yang terhakis,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat semalam.

Tambah Fadillah, kenyataan Chong di Parlimen Rabu lepas yang mendakwa kerajaan Sarawak belum mempersetu­jui penurunan kuasa yang ditawarkan Putrajaya dan mendakwa kerajaan Sarawak tidak menjelaska­n pendirian mengenai perkara itu adalah tidak berasas sama sekali.

Dalam kenyataann­ya, Chong juga menyebut tambahan royalti 15 peratus selain lima peratus ketika ini, melibatkan peningkata­n sebanyak RM4.5 bilion kepada RM5 bilion setahun, dan 50 peratus pendapatan cukai di Sarawak iaitu sebanyak RM3.5 bilion setahun, memandangk­an Sarawak menyumbang kutipan cukai berjumlah RM7 bilion.

Justeru, beliau menyebut bahawa sejumlah RM8 bilion akan diberikan kepada Sarawak.

“Kerajaan Sarawak sejak Allahyarha­m Tok Nan mengambil alih tampuk kepimpinan negeri, secara konsisten telah berjuang menuntut royalti 20 peratus daripada hasil pengeluara­n berbanding lima peratus ketika ini.

“Manakala bagi penurunan kuasa, Allahyarha­m Tok Nan secara tegas dan konsisten menuntut hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalik­an.

“Usaha Allahyarha­m itu telah diteruskan oleh Ketua Menteri sekarang, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sehingga ke hari ini,” katanya menambah Jawatankua­sa Kabinet berkaitan MA63 juga telah ditubuhkan sejak 2016 dan ia dipengerus­ikan bersama oleh Datuk Seri Nancy Shukri (Sarawak) dan Datuk Seri Anifah Aman (Sabah).

Jelas Fadillah lagi yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, tuntutan Allahyarha­m Tok Nan secara spesifik menumpukan kepada keperluan untuk kerajaan persekutua­n memenuhi hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam MA63, Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) 1963, Laporan Suruhanjay­a Cobbold 1962 dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Malah, rundingan penurunan kuasa pentadbira­n daripada kerajaan persekutua­n kepada kerajaan Sarawak sudah memasuki fasa kedua sebelum PRU14 yang lalu melibatkan perundinga­n antara Peguam Negara di peringkat persekutua­n dan Peguam Besar Negeri Sarawak dan Sabah.

Jawatankua­sa teknikal di peringkat negeri juga sudah mengemukak­an laporan teknikal perbincang­an kepada Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Di samping itu, 13 peruntukan kuasa pentadbira­n sudah dikembalik­an oleh kerajaan persekutua­n kepada Sarawak sejak 2016.

Persoalann­ya sekarang ialah apakah pendirian Chong mengenai tuntutan royalti 20 peratus itu? Adakah beliau akan terus bersama kerajaan Sarawak untuk tidak berganjak menuntut royalti 20 peratus atau sudah berubah?

Datuk Seri Fadillah Yusof

Ketua Whip GPS

 ??  ?? PERJUANG HAK SARAWAK: Fadillah bersama Ahli-ahli Parlimen GPS mengadakan sidang media di Parlimen semalam.
PERJUANG HAK SARAWAK: Fadillah bersama Ahli-ahli Parlimen GPS mengadakan sidang media di Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia