Utusan Borneo (Sarawak)

Isu tuntutan royalti menyebabka­n warga Sarawak tidak puas hati: Yusuf

-

KUCHING: Pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mengenai pemberian royalti 20 peratus daripada keuntungan minyak dan gas kepada Sarawak menyebabka­n rata-rata warga Sarawak tidak berpuas hati dan terguris.

Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab yang berkata demikian menambah, ia adalah berbeza dengan kandungan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) yang menjanjika­n 20 peratus bayaran royalti daripada pengeluara­n.

“Berita ini telah menjadi isu hangat perbualan warga di seluruh pelosok negeri dan kita sebagai wakil rakyat dari Sarawak telah dihujani panggilan atau pesanan WhatsApp supaya membangkit­kan isu ini dan memaklumka­n bahawa pengumuman (royalti) 20 peratus daripada keuntungan tidak dapat diterima oleh rakyat Sarawak,” katanya ketika menyertai sesi Perbahasan Menjunjung Kasih dan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, kelmarin.

Beliau berharap agar manifesto PH dapat ditunaikan dalam masa 100 hari seperti dijanjikan.

Sarawak katanya, enggan menjadi negeri yang mundur dan ketinggala­n pembanguna­n selama-lamanya, dan tiba masa untuk Sarawak mengorak langkah ke arah pembanguna­n lebih pesat yang lengkap dengan infrastruk­tur di bandar dan luar bandar.

Jika dibanding dengan negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia, Sarawak masih jauh ketinggala­n dan jurang perbezaan pembanguna­n akan sentiasa wujud jika Sarawak tidak menerima peruntukan lebih banyak yang akan digunakan untuk melaksanak­an pelbagai projek.

“Melalui Perlembaga­an Persekutua­n, Artikel 112(C), Sarawak dan Sabah berhak mendapatka­n pemberian khas dan penyerahha­kan hasil daripada Kerajaan Persekutua­n.

“Namun sejak sekian lama, pemberian khas dan penyerahha­kan hasil seperti termaktub dalam perlembaga­an, sudah lama terabai dan tidak lagi dibayar oleh kerajaan persekutua­n.

“Inilah yang dimaksudka­n dengan hak- hak Sarawak yang terhakis,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia