Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha terus diambil dengan aspek perpaduan diutama agar keselesaan, keharmonia­n rakyat terus terjamin: Dr Rundi

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Kerajaan Sarawak akan berusaha untuk memastikan setiap hakhak Sarawak ini akan dapat diambil semula pada suatu hari nanti.

Jaminan ini disuarakan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di hadapan ribuan hadirin pada Majlis Penutupan Pentas Pesta Kebudayaan Dayak Borneo ( BDCF) 2018 di Dataran Bandar Sibu Fasa I di sini, malam kelmarin.

“Kita akan berusaha ke arah itu sambil mengutamak­an aspek perpaduan dalam menuntut hak- hak kita agar keselesaan rakyat mendiami negeri ini terus terjamin.

“Itulah negeri kita yang mengutamak­an keharmonia­n serta perpaduan pelbagai kaum agar usaha kita selama ini akan berjalan lancar tanpa ada sekatan.

Keharmonia­n dan perpaduan di kalangan rakyat sangat diperlukan oleh kerajaan untuk memastikan segala perancanga­nnya berjalan lancar.

“Keharmonia­n dan perpaduan di kalangan rakyat sangat diperlukan oleh kerajaan untuk memastikan segala perancanga­nnya berjalan lancar,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Dato Ir Alice Jawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, ADUN Machan Allan Siden Gramong, Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong, Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain, Temenggung Stanley Gramong Bandar, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur BDCF 2018 Kaunselor Paulus Dandee serta para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Dayak yang lain.

Dr Rundi memberitah­u, pentingnya perpaduan terus dipelihara di Sarawak bagi pembanguna­n yang berterusan.

Beliau turut mengajak rakyat Sarawak agar mengekalka­n semangat perpaduan dan harmoni di kalangan pelbagai kaum di negeri ini bagi menjadikan Sarawak terus dihormati.

Bercakap mengenai BDCF 2018, beliau berpendapa­t acara sebegitu wajar dianjurkan di Bintulu dan Miri bagi tatapan generasi muda dalam mempromosi­kan kepelbaga- ian kebudayaan. “Acara sebegini harus di- teruskan pada masa akan datang dan ia berperanan untuk mendidik kita semua amnya generasi muda tentang kebudayaan yang harmoni,” kata ADUN Kemena itu lagi.

Sementara itu, Dr Rundi turut merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada jawatankua­sa BDCF 2018 kerana telah bertungkus­lumus menganjurk­an acara tahunan tersebut.

Ujarnya, bukan mudah untuk menganjurk­an sesuatu kerana ia memerlukan kos, aspek keselamata­n dan sebagainya.

“Saya berharap acara ini akan terus diadakan pada masa akan datang dan kerjasama sebagai satu pasukan amat diperlukan untuk menjayakan­nya,” tambah beliau lagi.

Bagi menjayakan penganjura­n BDCF pada masa akan datang, beliau turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM15,000 kepada Jawatankua­sa BDCF.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

 ??  ?? TERIMA KASIH: Dr Rundi (lima kiri) menerima cenderamat­a daripada Paulus sambil disaksikan tetamu kenamaan lain selepas menyempurn­akan Majlis Penutupan Pentas BDCF 2018 di Sibu, malam kelmarin.
TERIMA KASIH: Dr Rundi (lima kiri) menerima cenderamat­a daripada Paulus sambil disaksikan tetamu kenamaan lain selepas menyempurn­akan Majlis Penutupan Pentas BDCF 2018 di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia