Utusan Borneo (Sarawak)

Khidmat e-panggilan MyCar sedia pilihan pengangkut­an mudah dan efisien

-

KUCHING: Khidmat epanggilan Malaysia sendiri iaitu MyCar kini menyediaka­n pilihan pengangkut­an kepada rakyat Malaysia yang bukan sahaja mudah serta efisien, malah paling penting selamat dan berpatutan kepada penumpangn­ya.

Pengasasny­a Mohd Noah Maideen berkata, MyCar mula beroperasi pada 1 Februari di Lembah Klang dan dimiliki Platform Apps Sdn Bhd.

Menurutnya, idea itu timbul pada 2016 dengan aspirasi untuk menyediaka­n khidmat e- panggilan yang mesra pemandu dan penumpang.

“Dengan kemunculan Uber dan Grab, saya berfikir kenapa kita tidak dapat mewujudkan dan membina jenama kita sendiri dan lahirlah MyCar.

“Hari ini, kami beroperasi di seluruh Malaysia dengan kira-kira 40,000 pemandu dan lebih 600,000 pengguna aplikasi berdaftar,” katanya berucap melancarka­n MyCar Sarawak di di sini, malam kelmarin.

Mohd Noah berkata, di Sarawak operasi MyCar telah bermula pada Mac lepas dan sehingga kini terdapat 500 pemandu aktif dengan purata 250 kerja atau perjalanan yang dibuat setiap hari di Kuching sahaja.

Bagaimanap­un, beliau memberitah­u, pihaknya yang setakat ini hanya beroperasi di Kuching dan Miri merancang untuk memperluas­kan perkhidmat­an ke Sibu, Mukah, Sarikei, Sri Aman dan Serian.

“Namun dalam kita ke arah itu, saya mahu semua pemandu kita memenuhi standard keselamata­n yang ketat dan perlindung­an bagi penumpang,

“Ia amat perlu mendapatka­n latihan mengenai respons dan kesiapsiag­aan kecemasan termasuk bantuan kecemasan dan CPR dan pengiktira­fan sebagai rakan dalam kepolisan komuniti untuk aspek keselamata­n penumpang,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pihaknya menjalin Memoradum Persefaham­an (MoU) dengan sebuah syarikat yang menyediaka­n MMSOS, iaitu aplikasi khidmat tepi jalan kecemasan untuk menghantar amaran dan meminta bantuan termasuk polis dan ambulans.

Mohd Noah berkata, selama kira-kira enam bulan beroperasi, mereka telah menjadi khidmat e-panggilan nombor dua di Malaysia dan setakat ini sudah menjana jualan berjumlah RM17 juta daripada 1.8 juta kerja yang siap.

Tambahnya, MyCar mendominas­i kira-kira 10 hingga 20 peratus daripada pasaran dalam industri khidmat e- panggilan di Malaysia dengan kebanyakan kerja direkodkan di Lembah Klang sebanyak kira-kira 15,000 sehari.

“Kami masih berkembang dan membuat pengubahsu­aian untuk menjadikan platform ini bukan sekadar menjana pendapatan kedua bagi pemandu tetapi juga memenuhi keperluan komuter. Kami harap rakyat Malaysia akan memberi sokongan mereka kepada perniagaan tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia