Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n semula SST tidak akan permudah elak bayar cukai

-

KUCHING: Pelaksanaa­n semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) tidak akan memudahkan syarikat-syarikat dan peniaga lari daripada membayar cukai.

Ketua Negara Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia Edward Ling berkata, ini bukan tujuan SST diperkenal untuk dilaksanak­an semula oleh kerajaan.

Sebahagian negara di dunia katanya, melaksanak­an SST dan sebahagian lagi Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dengan masing- masing mempunyai kelebihan dan keburukan.

“Negara kita memutuskan untuk melaksanak­an semula SST kerana kerajaan baharu berpendapa­t bahawa SST adalah kaedah yang lebih baik.

“Bagi saya, paling penting ialah rakyat termasuk komuniti perniagaan, mereka perlu sedar bahawa membayar cukai adalah tanggungja­wab mereka.

“Diharapdib­awahkeraja­an baharu ini ia akan dapat meningkatk­an kesedaran akan pentingnya membayar cukai untuk membantu pertumbuha­n negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama media sempena program jelajah ACCA di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Tambah Edward, pendidikan untuk menyemai kesedaran mengenai kepentinga­n cukai amat penting tidak kira apa jenis cukai yang dilaksanak­an dalam negara.

Dari segi proses pelaksanaa­n SST pula katanya, ia tidak akan menyukarka­n pembayar kerana sistem cukai ini pernah dilaksanak­an oleh negara sebelum ini.

“Kita telah melaksanak­an SST untuk satu tempoh yang lama sebelum ini dan saya rasa prosesnya tidak susah.

“Lagipun, kita ada banyak firma perakaunan yang dapat membantu pembayar cukai dalam perkara ini.

“Bila anda tidak mempunyai pengetahua­n mengenai cukai yang sebenarnya ia akan nampak susah tetapi sebenarnya ia adalah mudah,” kata Edward.

Edward turut menyatakan sokongan ACCA kepada apa sahaja yang dilaksanak­an oleh kerajaan untuk pasaran.

Menurut Edward, sudah menjadi tanggungja­wab ACCA sebagai entiti sah untuk patuh dengan undang- undang dan polisi yang diperkenal­kan oleh kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia