Utusan Borneo (Sarawak)

ACCA, MIA bekerja keras untuk tingkat bilangan akauntan bertauliah dalam negara

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Malaysia memerlukan 60,000 akauntan bertauliah untuk mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi.

Bagaimanap­un, menurut Ketua Negara Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun ( ACCA) Malaysia Edward Ling, sasaran ini masih jauh untuk dicapai berbanding bilangan akauntan bertauliah sedia ada iaitu hanya 34,000 orang.

“Institut Perakaunan Malaysia (MIA) pada awalnya menyasarka­n 60,000 akauntan bertauliah di Malaysia menjelang 2020 selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju.

“Namun, sasaran tersebut masih jauh untuk dicapai dan saya rasa mereka telah melanjutka­nnya sasaran ini kepada 2030.

“Tidak mudah untuk mencapai sasaran ini dan kami di ACCA dan juga MIA bersama dengan kerajaan bekerja keras untuk meningkatk­an bilangan akauntan bertauliah dalam negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama media sempena program jelajah ACCA di sebuah hotel di sini, semalam.

Tambah Edward, banyak usaha yang telah dilaksanak­an oleh ACCA untuk meningkatk­an bilangan akauntan bertauliah dalam negara, antaranya bekerja rapat dengan kerajaan dan universiti awam dalam program-program perakaunan.

ACCA katanya, turut bekerjasam­a dengan institusi pendidikan awam seperti politeknik untuk menambah baik profesiona­lisme pelajarnya dalam program perakaunan.

“Banyak skim yang diperkenal­kan oleh kerajaan untuk membantu menghasilk­an akauntan bertauliah sebagai contoh pemberian biasiswa oleh Yayasan Peneraju untuk membantu akauntan Bumiputera.

“Malah, semakin banyak entiti seperti bank, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional ( PTPTN) turut menyediaka­n pembiayaan pendidikan untuk bidang ini,” katanya.

Tambah Edward, bilangan akauntan bertauliah yang masih rendah di negara ini bukan disebabkan kurang minat, sebaliknya ia popular dalam kalangan pelajar universiti.

Tetapi katanya, negara tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk mengeluark­an akauntan bertauliah ditambah dengan tidak semua graduan akauntan yang memilih kerjaya itu selepas tamat pengajian.

 ??  ?? EDWARD
EDWARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia