Utusan Borneo (Sarawak)

Siri jelajah ACCA ‘a.c.t’ Tour bermula di Kuching

-

KUCHING: Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun ( ACCA) Malaysia memulakan siri jelajah ACCA ‘a.c.t’ Tour di enam lokasi berbeza di seluruh negara bermula di bandar raya ini, semalam.

Ketua Negara ACCA Malaysia Edward Ling berkata, ACCA merupakan forum badan profesiona­l terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar seramai 22,000 orang.

Separuh daripada pelajar ini merupakan pelajar persendiri­an di mana mereka tidak mengikuti kuliah.

“Prinsipal ACCA, kami mahu pelajar kami menyertai kami dan kami mahu mereka mengambil serius bidang perakaunan.

“Sebab itu, kami mengadakan siri jelajah di luar Lembah Klang dengan lokasi pertama di Kuching untuk berjumpa dengan pelajar dan menerangka­n kepada mereka mengenai perubahan kelayakan dalam bidang ini.

“Kita juga mahu mereka (pelajar) tahu bentuk sokongan yang boleh mereka dapati daripada ACCA yang dapat membantu mereka lulus dalam peperiksaa­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama media sempena ACCA ‘a.c.t’ Tour di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Tambah Edward, ACCA telah wujud lebih daripada 100 tahun dan mereka mahu berkongsi pengalaman untuk dimanfaati sepenuhnya oleh ahli-ahlinya.

Di Kuching katanya, meskipun geografiny­a mencabar bagi ACCA, namun pasukan mereka telah melaksanak­an banyak usaha untuk membawa manfaat kepada ahlinya di sini. “Pasukan kami datang secara bulanan ke sini sama ada untuk berjumpa dengan pelajar, ahli, rakan universiti dan institusi mahupun rakan industri.

“Kerjaya perakaunan di sini juga semakin berkembang, tetapi ramai pelajar dari negeri ini memilih untuk belajar di luar Sarawak sama ada di Kuala Lumpur mahupun luar negara,” katanya menambah Sarawak mempunyai kirakira 800 ahli dan 1,000 pelajar ACCA.

Bercakap lebih lanjut mengenai jelajah tersebut, selain Kuching ia juga akan diadakan di Kota Kinabalu, Ipoh, Kuatan, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Jika mendapat sambutan katanya, ACCA merancang untuk meneruskan program ini pada masa akan datang.

Bagi menyuntik motivasi para pelajar dalam bidang ini, program jelajah tersebut turut diselitkan dengan perkongsia­n cerita kejayaan daripada ahli-ahli ACCA berprofil tinggi dari negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sunway Kuching Joseph Lim dan Pengurus Kanan Pendidikan ACCA Malaysia Brien Chia antara yang diundang sebagai penceramah pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia