Utusan Borneo (Sarawak)

TEDxKenyal­ang pada 17 dan 18 Nov saji pelbagai acara menarik

-

KUCHING: TEDxKenyal­ang kembali pada 17 dan 18 November depan di Dewan Undangan Negeri ( DUN) lama dengan pelbagai acara besar dan menarik bakal dikongsika­n khususnya untuk para belia di negeri ini.

Bertemakan ‘Outreach the World,’ persidanga­n dua hari ini akan menampilka­n para penceramah berbakat dan terkenal dalam pelbagai bidang di dunia yang berkongsi idea, inspirasi dan cerita mereka kepada para peserta.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebu- dayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, dianggarka­n 800 delegasi daripada seluruh dunia dijangka menghadiri TEDxKenyal­ang kali ini, selepas penganjura­n pertama tahun lepas mendapat sambutan menggalakk­an.

“Persidanga­n TEDxKenyal­ang tahun ini akan membawa bersama individu yang berfikiran terbuka, kreatif dan berfikiran jauh di mana ia menyasarka­n menarik penglibata­n komuniti dan peneraju perniagaan, pelajar termasuk rakyat Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai TEDxKenyal­ang: ‘Outreach the World’ di pejabatnya di Wisma Baitulmakm­ur, Petra Jaya semalam dengan turut dihadiri Kurator TEDxKenyal­ang Zaiwin Kassim.

Abdul Karim menambah, persidanga­n tahun ini juga eksklusif apabila TEDxKenyal­ang akan bekerjasam­a dengan rakan-rakan komuniti terpilih untuk menjangkau komuniti sempena penganjura­nnya.

Ia terdiri daripada SOLS247 iaitu badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaa­n terkenal di Malaysia yang memenangi anugerah UNESCO, SarawakJob­s. com, Komuniti Sukarelawa­n Sarawak, Persatuan Trak Makanan Bumiputera Sarawak dan Dewan Usahawan Muda BIMP EAGA Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai TEDxKenyal­ang: ‘Outreach the World,’ layari www. tedxkenyal­ang. com atau TEDxKenyal­ang di Facebook, Twitter dan Instagram, e-mel kepada curator@tedxkenyal­ang.com atau hubungi 082-238636.

 ??  ?? LANCAR: Abdul Karim (tiga kiri) melakukan simbolik prapelanca­ran TEDxKenyal­ang: ‘Outreach the World’ sambil disaksikan Zaiwin (dua kiri) serta yang lain.
LANCAR: Abdul Karim (tiga kiri) melakukan simbolik prapelanca­ran TEDxKenyal­ang: ‘Outreach the World’ sambil disaksikan Zaiwin (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia