Utusan Borneo (Sarawak)

Jururawat jelita dari Betong dinobatkan Miss BDCF 2018

-

SIBU: Jururawat berumur 24 tahun menguasai pentas apabila dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Miss Borneo Dayak Cultural Festival (BDCF) 2018 yang berakhir di Dataran Sibu malam kelmarin.

Frevirra Pearl Francis yang berasal dari Betong membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala kemenangan, selampai dan hamper.

Sementara itu kedudukan naib juara dimenangi Wati Assan, 20, yang berasal dari Sungai Lengan di sini.

Tempat ketiga pula dimenangi mahasiswi dalam bidang Diploma Kejururawa­tan, Racquel Sheryl Echa Michael Remy yang berumur 22 tahun.

Ini merupakan gelaran kedua yang dimenangi Racquel selepas memenangi gelaran Miss Favourite pada pertanding­an Kumang Malam Ngiling Bidai PEBEDAS pada 14 Julai lalu.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000 beserta piala, selampai, dan hamper.

Tempat keempat dan kelima dimenangi Julia Ding Marending, 22, dari Pasai Siong dan Gloria Malong, 19, dari Batu 6 1/2 Sibu.

Julia dan Gloria masing-masing membawa pulang hadiah wang saguhati RM350 dan Rm300.

Peserta keenam hingga ke10 masing-masing menerima hadiah wang tunai saguhati RM200.

Hadir sama bagi menyaksika­n majlis itu ialah Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi Utom, Ahli Dewan Negeri Machan, Allan Siden Gramong, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti, Dato Ir. Alice Jawan, Setiausaha Politik Di Jabatan Ketua Menteri, Christophe­r Romeo Tegong dan Pengerusi Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS Sibu), Angelyn Uchi Maseng.

Pertanding­an Miss Borneo Dayak Festival Sibu 2018 merupakan salah satu acara kemuncak pesta tahunan di Sibu setiap tahun.

 ??  ?? TAHNIAH: Frevira diapit Racquel (kiri) dan Wati merakamkan kenangan selepas diumumkan tiga pemenang teratas Miss BDCF 2018, malam kelmarin.
TAHNIAH: Frevira diapit Racquel (kiri) dan Wati merakamkan kenangan selepas diumumkan tiga pemenang teratas Miss BDCF 2018, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia