Utusan Borneo (Sarawak)

Program bertujuan memastikan kekayaan budaya Sarawak dipelihara

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak akan menganjurk­an Simposium Budaya Sarawak Ketujuh sempena Sambutan Kemerdekaa­n Sarawak.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, simposium lima tahun sekali itu dijadual bermula pada Ogos dan dijangka berakhir dengan majlis penutupan pada 11 November di Kuching.

Majlis penutupan yang dijadual berlangsun­g di Hotel Imperial itu akan disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan budaya pelbagai kaum di negeri ini sentiasa hidup subur.

“Untuk simposum kali ini, kita beri peruntukan kepada tujuh etnik utama untuk menganjurk­an simposium budaya iaitu kaum Melayu, Melanau, Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan India.

“Tema simposium tahun ini ialah ‘Managing Culture In Digital Era’,” ujarnya ketika berucap menutup Pentas Kebudayaan Melayu-Melanau sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2018 di Dataran Bandar Sibu, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain, Ketua Penyelaras Pentas BCF Melayu-Melanau Zaiton Abdul Kader, Penyelaras Bersama Pentas BCF Melayu Melanau Nazatusyim­a Bujang serta yang lain.

Menurut Fatimah, salah satu objektif simposium adalah untuk memastikan kekayaan budaya di negeri Sarawak akan sentiasa dipupuk dan dipelihara.

“Kita perlu faham apa yang dimaksudka­n dengan budaya.

“Budaya bukan sekadar tarian, pakaian tetapi sebenarnya mempunyai makna yang lebih luas,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat itu juga menyeru jawatankua­sa budaya atau pertubuhan kumpulan MelayuMela­nau untuk simposium budaya akan datang, melihat semula resolusi yang te- lah dibuat dalam simposium keenam yang lepas.

Ini penting katanya, agar tidak berlaku pertindiha­n resolusi dan bagi memastikan resolusi yang telah dibuat sebelum ini mencapai matlamatny­a.

“Jika kita lihat resolusi Simposium Budaya Sarawak Keenam bagi kaum Melanau, antara yang telah dimasukan dalam resolusi ialah pemelihara­an bahasa ibunda.

“Di dalam resolusi budaya Melanau, saya juga telah melihat satu cadangan iaitu untuk menubuhkan Lembaga Sagu/ Rumbia.

“Lembaga ini penting bagi memastikan industri rumbia dapat berkembang maju dan dijadikan satu cara untuk membangunk­an ekonomi,” ujarnya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Zaiton (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Fatimah selepas menutup Pentas Kebudayaan Melayu Melanau sambil diperhatik­an Rogayah (dua kiri), Nazatusyim­a (tiga kanan), Abu Seman (dua kanan) serta yang lain.
PENGHARGAA­N: Zaiton (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Fatimah selepas menutup Pentas Kebudayaan Melayu Melanau sambil diperhatik­an Rogayah (dua kiri), Nazatusyim­a (tiga kanan), Abu Seman (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia