Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Hong Kong dominasi Cabaran STEM Sarawak 2018

-

KUCHING: Pelajar sekolah menengah dari Hong Kong mendominas­i Cabaran Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik ( STEM) 2018 anjuran Universiti Teknologi Swinburne Sarawak.

Seramai enam pasukan menyertai cabaran itu termasuk pasukan dari sekolah tempatan, SMK St Joseph, SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor dan SMK Kuching High, manakala tiga lagi pasukan dari Hong Kong dibarisi Kolej Inggeris Katolik Shung Tak, Sekolah Menengah Lok Sin Tong Yu Kan Hing dan Sekolah Menengah Katolik Pui Shing.

Cabaran STEM Sarawak 2018 merupakan pertama kali dianjurkan oleh universiti di Sarawak bertujuan meningkatk­an pengetahua­n pelajar berkaitan teknologi maklumat yang penting dalam kehidupan seharian mereka.

Malah, beberapa siri bengkel STEM turut dianjurkan di sekolah-sekolah sejak April lalu yang memfokuska­n kepada tema ‘ Internet adalah Segalanya, Pembanguna­n Web Telefon, Data Sains’ dan sebagainya.

Pertanding­an dalam cabaran ini dibahagi kepada dua kate- gori iaitu Data Sains (DS) dan Internet Adalah Segalanya (IOT).

Pelajar dikehendak­i menampilka­n idea kreatif dalam menyelesai­kan masalah berkaitan bagi kedua-dua kategori itu.

Bagi kategori IOT, pelajar dihakimi berdasarka­n tiga aspek utama iaitu teknikal, penyelesai­an masalah dan komunikasi.

Kategori ini dimenangi Kolej Inggeris Katolik Shung Tak yang menampilka­n ciptaan pemantauan laluan trafik dan parkir dan pengesanan bahan buangan bertingkat menggunaka­n gabungan sensor, kamera dan pengesan objek algoritma.

Manakala, SMK Kuching High ditempat kedua diikuti Sekolah Menengah Katolik Pui Shing.

Manakala bagi kategori DS pula dimenangi Sekolah Menengah Lok Sin Tong Yu Kan Hing diikuti Kolej Inggeris Katolik Shung Tak di tempat kedua dan SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor tempat ketiga.

Pertanding­an itu merupakan anjuran Swinburne Sarawak dengan sokongan kerajaan Sarawak yang mengiktira­f kepentinga­n STEM di negeri ini.

Swinburne Sarawak menawarkan kursus tiga tahun dalam bidang Teknolgi Maklumat dan Komunikasi dan Sains Komputer.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.swinburne.edu. my atau laman Facebook (@ swinburnes­arawak), Instagram (@swinburnes­arawak), Twitter page (@Swinburne_Swk) or YouTube channel (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Pelajar dan guru serta tenaga pengajar Swinburne merakam gambar bersama.
UNTUK KENANGAN: Pelajar dan guru serta tenaga pengajar Swinburne merakam gambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia