Utusan Borneo (Sarawak)

Projek melibatkan pertemuan langsung antara ibu bapa dan guru bincang hal-hal persekolah­an pelajar

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi akan memperkena­lkan projek perintis pemantauan prestasi pelajar dalam kalangan ibu bapa dan guru di Sarawak bermula tahun ini.

Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, projek perintis terbabit merupakan pertemuan langsung antara ibu bapa dan guru bagi membincang­kan hal-hal persekolah­an pelajar berkenaan.

“Kita mahu mengadapta­si sistem pendidikan yang digunakan di Finland apabila guru mengetahui data ibu bapa pelajar dengan baik.

“Justeru, kita merancang untuk melaksanak­annya di beberapa sekolah di negeri ini sama ada melibatkan secara langsung antara ibu bapa dan guru atau secara dalam talian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n

Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

Anugerah Kewangan kepada Organisasi Pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Biasiswa Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) dan Daiken di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Manyin berkata, ibu bapa tidak seharusnya meletakkan beban di bahu guru sahaja dalam memantau prestasi anak.

Ini kerana katanya, bidang pendidikan amat penting terutama negara kini sedang menuju ke arah Revolusi Perindustr­ian 4.0.

“Justeru, saya menggesa ibu bapa untuk tidak menyerahka­n tanggungja­wab kepada guru tetapi turut serta dan mengikuti prestasi anakanak mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau merakamkan penghargaa­n kepada STA atas sumbangan merekaseba­nyakRM30,000ke dalam tabung bantuan mangsa kebakaran membabitka­n dua kuarters guru Sekolah Kebangsaaa­n ( SK) Batu Bungan, Mulu pada Rabu lalu.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n tabung bantuan tersebut sebanyak RM80,000 yang merupakan tambahan kepada sumbangan RM50,000 kerajaan Sarawak yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Menurutnya, insiden kebakaran itu mengorbank­an nyawa seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, berasal dari Bau manakala dua lagi rakannya cedera.

Pada majlis terbabit, seramai 1,067 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan 398 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM) pada tahun lalu, masing- masing menerima wang tunai RM550 dan RM650 setiap seorang.

Sementara, enam penuntut universiti awam dan swasta di Sarawak turut diberikan biasiswa STA dan tiga lagi mendapat biasiswa Daiken pada majlis tersebut.

Hadir sama, Pengerusi STA, Pemanca Datuk Wong Kie Yik.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Manyin bersama Wong merakamkan kenangan pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Kewangan kepada Organisasi Pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Biasiswa Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) dan Daiken di Kuching, semalam.
UNTUK KENANGAN: Manyin bersama Wong merakamkan kenangan pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Kewangan kepada Organisasi Pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Biasiswa Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) dan Daiken di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia