Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO lancar Ops Kesan 1 Ogos, kesan majikan tidak daftar perusahaan, pekerja

-

KUCHING: Pertubuhan K e s e l a m a t a n S o s i a l (PERKESO) Sarawak akan melancarka­n Ops Kesan bermula 1 Ogos untuk mengesan majikan yang tidak mendaftar perusahaan dan pekerjanya.

Pengarah PERKESO Sarawak Philip Sangkan berkata, mana-mana majikan yang didapati layak tetapi tidak berdaftar akan dikenakan kompaun serta-merta dalam operasi tersebut.

“Saya menyeru semua majikan yang layak supaya tampil secara sukarela ke semua pejabat PERKESO di seluruh negeri untuk mendaftar perusahaan dan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Philip berkata, kegagalan untuk mendaftar dengan PERKESO merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan kompaun dan pendakwaan dengan jumlah kompaun antara RM500 dan RM4,000 mengikut tempoh kesalahan yang dilakukan.

Manakala, sekiranya didakwa di mahkamah dan sabit kesalahan, majikan terlibat boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali.

“Selain itu, majikan juga akan dikenakan faedah sebanyak enam peratus setahun di atas setiap bulan caruman yang lewat dibayar ekoran kelewatan mendaftar dengan PERKESO,” ujarnya.

M e n g e n a i s t a t i s t i k PERKESO di Sarawak pada 2017, Philip berkata, majikan aktif adalah seramai 36,865, manakala sehingga Jun 2018, seramai 53,741 majikan aktif telah berdaftar dengan PERKESO.

Selain itu katanya, sebanyak 291 kompaun dan 143 pendakwaan telah dibuat ke atas majikan sehingga Disember 2017 atas pelbagai kesalahan.

“Sehubungan itu, saya menyeru majikan dan pekerja agar bekerjasam­a dengan PERKESOunt­ukmemastik­an tahap pematuhan bagi semua majikan serta perusahaan adalah tinggi seperti mana yang diperuntuk­kan di bawah Akta 4, Akta 789 dan Akta 800,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, Ketua Eksekutif PERKESO mengumumka­n pelancaran Tempoh Pemutihan bermula 1 hingga 31 Julai 2018.

Dalam tempoh ini, mana- mana majikan yang mendaftar secara sukarela akan dikecualik­an daripada tindakan kompaun dan pendakwaan walaupun telah melewati tempoh 30 hari yang ditetapkan.

P e n g e c u a l i a n i n i termasukla­h ke atas faedah caruman lewat bayar yang bakal dikenakan kemudian.

 ??  ?? PHILIP
PHILIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia