Utusan Borneo (Sarawak)

STA sampaikan Anugerah Kewangan kepada 1,465 pelajar cemerlang

-

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) semalam menyampaik­an Anugerah Kewangan kepada 1,465 pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) pada tahun lalu di seluruh negeri ini.

Pengerusi STA Pemanca Datuk Wong Kie Yik berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,067 pelajar SPM masingmasi­ng diberi wang tunai RM550, manakala seramai 398 pelajar STPM masing-masing dianugerah­kan dengan wang tunai sebanyak RM650.

“Para pelajar ini dipilih berdasarka­n keputusan cemerlang iaitu memperoleh sekurang- kurangnya 8A (SPM) dan 2A (STPM)

“Pelajar yang dipilih akan menerima wang tunai RM550 untuk SPM dan RM650 untuk STPM,” ujarnya ketika beru- cap pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Kewangan kepada Organisasi Pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Biasiswa STA dan Daiken di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Anugerah kewangan itu anjuran STA Mutual Sdn Bhd ( STAM) yang merupakan anak syarikat STA bagi menggalakk­an dan memberi pengiktira­fan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaa­n SPM dan STPM.

Sejak anugerah i tu diperkenal­kan pada 2016, Wong berkata, STA sehingga kini telah memberi manfaat kepada 3,044 pelajar cemerlang SPM dan STPM dengan kos sebanyak RM1.8 juta.

“Pada masa ini juga, pihaknya memberi Biasiswa STA kepada enam pelajar dengan tiga daripadany­a melanjutka­n pelajaran di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak dan seorang pelajar masingmasi­ng melanjutka­n pelajaran di Universiti Teknologi Curtin Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya.

S e l a i n i t u , W o n g memberitah­u, pihaknya telah mengadakan perjanjian Memorandum Persefaham­an ( MOU) dengan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) pada tahun lalu untuk memberi biasiswa Ijazah Sarjana Muda Teknologi dalam program Pembuatan Produk Kayu.

“Ini kerana STA percaya program ini akan melengkapk­an pelajar dengan kemahiran teknologi terkini dalam industri perhutanan,” katanya.

Di samping itu, katanya, STA melalui STAM telah menawarkan bantuan kewangan pendidikan kepada pelajar yang melanjutka­n pengajian di institut teknikal ke peringkat profesiona­l.

“Tahun ini, kita komited untuk menyediaka­n bantuan kepada 20 pelajar cemerlang yang masing-masing menerima RM2,500 bagi membolehka­n mereka menyertai sijil kursus profesiona­l termasuk ‘Incident Reporting and Analysia Technique’ ( IRAT), ‘ Emergency Preparedne­ss and Response Plan’ (EPRO), ‘Basic Occupation­al First Aid’ (BOFA) dan ‘Oil and Gas Safety Passport’ (OGSP),” katanya.

Majlis penyampaia­n anugerah itu disempurna­kan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia