Utusan Borneo (Sarawak)

Siasat, ambil tindakan segera elak insiden SK Batu Bungan berulang

-

KUCHING: Parti Reformasi Negeri Sarawak ( STAR) m e n d e s a k k e r a j a a n persekutua­n melakukan siasatan untuk mencari punca dan mengambil tindakan segera agar insiden kebakaran Sekolah Kebangsaan ( SK) Batu Bungan di Mulu yang meragut nyawa seorang guru tidak berulang lagi di Sarawak.

Presidenny­a Lina Soo berkata, Kementeria­n Pendidikan perlu mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu agar ia dapat dicegah.

Tegasnya, kementeria­n perlu melaksanak­an sistem keselamata­n kebakaran di sekolah mengikut standard yang ditetapkan bagi menjamin keselamata­n pelajar dan guru di setiap sekolah.

“Ini adalah hari yang amat sedih untuk Sarawak kerana insiden yang berlaku di SK Batu Bungan di Mulu meragut nyawa seorang guru muda, Catherine Janet Tiwi, 25, manakala dua lagi rakannya mengalami kecederaan.

“STAR amat kesal insiden ini berlaku dan meminta Kementeria­n Pendidikan melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sekali gus mengambil tindakan pencegahan agar ia tidak lagi berulang,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.

Lina memberitah­u, gambar asrama dan sekolah terbabit jelas menunjukka­n tidak mempunyai sistem keselamata­n kebakaran.

“Sekolah ini harus dibina semula dengan kadar segera termasuk dilengkapi ciri-ciri sistem keselamata­n kebakaran demi keselamata­n pelajar dan warga pendidik,” tegasya.

Pada masa sama, beliau menggesa agar maklumat berkaitan keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja untuk sekolah dijalankan di setiap sekolah di Sarawak.

“Apa jua boleh mendatangk­an bahaya harus dikenal pasti bagi mengelak dan mencegah berlakunya insiden kebakaran pada masa akan datang.

“STAR amat berduka di atas musibah yang menimpa keluarga mangsa disebabkan tragedi ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia