Utusan Borneo (Sarawak)

Dedah formula kira royalti untuk permudah perbanding­an: Wong

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan (PH) perlu mendedahka­n formula yang digunakan untuk mengira royalti minyak sebanyak lima peratus sedia ada serta jumlah daripada 20 peratus yang dicadangka­n daripada keuntungan bersih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei berkata, ini untuk memudahkan perbanding­an jumlah yang diberikan kepada Sarawak.

“Kita perlu ingat, kebo- lehpercaya­an merupakan salah satu tunjang yang amat penting dalam mana-mana kerajaan. Tanpanya, kita tidak akan lama memegang kuasa.

“Jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali di Parlimen ( Rabu lalu) sekadar menyebut tentang kesan daripada pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus tanpa mengambil kira penurunan kuasa dalam pendidikan dan kesihatan, yang akan mengurangk­an perbelanja­an besar bagi kerajaan persekutua­n,” katanya menerusi satu kenyataan di sini kelmarin.

Dengan berbuat demikian, Wong memberitah­u, Azmin sudah tentulah cenderung untuk berasakan bahawa kerajaan persekutua­n mungkin akan menghadapi masalah untuk mengekalka­nnya.

“Bagaimanap­un, persepsi sedemikian adalah salah. Kerajaan PH perlu diberi amaran bahawa rakyat akan menegur kita jika kita tidak menunaikan janji pilihan raya.

“Majoriti rakyat mungkin faham jika penunaian beberapa janji pilihan raya terpaksa ditangguhk­an disebabkan oleh kekangan kewangan negara,” tambahnya.

Katanya lagi, ramai daripada mereka mungkin juga bertolak ansur jika dasar- dasar sekunder diperkenal­kan atas kemustahil­an melaksanak­an beberapa janji pilihan raya.

Bagaimanap­un, tegasnya, janji royalti minyak sebanyak 20 peratus khususnya menerima jangkaan yang tinggi daripada rakyat Sarawak.

Beliau memberitah­u, jika tiada sebab yang boleh diterima, penunaian janji sedemikian tidak boleh dikompromi.

Menurutnya, janji bagi royalti minyak sebanyak 20 peratus tidak dibuat tanpa pertimbang­an sewajarnya dan PH telah mengadakan p e r b i n c a n g a n s e r t a perbahasan yang terperinci.

Wong menjelaska­n, ia adalah satu pakej janji yang mana royalti minyak sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada Sarawak bersama hak autonomi dalam pendidikan dan kesihatan.

“Dengan royalti minyak tambahan itu dan 50 peratus daripada cukai yang dikutip di negeri ini, Sarawak dapat membiayai perbelanja­an kesihatan dan pendidikan kita sendiri, dengan lebihan seperti yang dianggarka­n.

“Pada waktu yang sama, kita dapat meringanka­n beban perbelanja­an kerajaan persekutua­n manakala sebahagian besar hasil pendapatan diberikan kepada Sarawak,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia