Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Tuisyen Medan Jaya mahu perluas penggunaan bahasa Inggeris, kata Alice

-

BINTULU: Pusat Tuisyen Medan Jaya akan memperluas­kan dan memperbaik­i penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajar­an di pusat tuisyen termasuk komuniti umum.

Pengetuany­a Alice Tang berkata, usaha itu sebagai maklum balas akan saranan kerajaan untuk memperluas dan menambah baik penggunaan bahasa Inggeris di negara ini.

Katanya, sebagai pusat tuisyen yang terkenal selama 25 tahun, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan BEE Education Group dengan mengadakan Peraduan Bercerita Dalam Bahasa Inggeris buat kali ke-25 yang menarik 150 penyertaan pelajar pada minggu lepas.

“Kami berbesar hati dan sangat terhutang budi kepada pengorbana­n kakitangan pengajar dan bukan pengajar yang menyediaka­n pedagogi terbaik dalam bidang masing-masing khususnya bahasa Inggeris dalam usaha itu.

“Ramai yang telah berjaya belajar di pusat kami selama 25 tahun kami beroperasi dan kami melihat generasi penuntut yang menyertai kami akan menjadi pengguna bahasa Inggeris yang lebih baik dan mampu mencapai akademik tinggi,” ujarnya di sini semalam.

Beliau berkata, sokongan ibu bapa jelas dinyatakan dalam kepercayaa­n mereka untuk mendaftark­an anak- anak mereka ke dalam program akademik sekolah kami.

“Kelas baharu dan pendaftara­n peperiksaa­n untuk IELTS, Cambridge, MUET, Bahasa Inggeris dewasa dan tutorial sekolah sedang dijalankan.

“Orang ramai sangat dialualuka­n untuk menghubung­i sekolah atau layari laman sesawang Facebook atau Instagram sekolah di (www. ptmj.edu.my) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bengkel yang relevan bagi pendaftara­n serta-merta pelajar,” katanya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Alice (dua kiri) bersama para pelajar di Pusat Tuisyen Medan Jaya.
UNTUK ALBUM: Alice (dua kiri) bersama para pelajar di Pusat Tuisyen Medan Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia