Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Sarawak Pepper Farm UPMKB dilancarka­n

-

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) menganjur Upacara Penanaman Lada 2018 sempena Projek Sarawak Pepper Farm @UPM Bintulu semalam.

Projek itu melibatkan penanaman 400 benih keratan lada daripada varieti Semengok Aman, Semengok Emas dan Kuching yang bertujuan memupuk dan meningkatk­an minat masyarakat terhadap aktiviti pertanian tanaman, serta mewujud dan memantapka­n jaringan kerjasama universiti dengan masyarakat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Upacara ini diadakan di sebahagian kawasan universiti untuk dijadikan ladang lada contoh UPMKB sebagai titik permulaan lapangan bagi projek Sarawak Pepper Farm @UPM Bintulu yang pernah dilancarka­n pada 18 Oktober tahun lepas di Kuching, demikian menurut kenyataan UPMKB di sini semalam.

Pada peringkat permulaan katanya, tanah seluas dua hektar telah dibuka untuk menempatka­n sembilan projek penyelidik­an lada pelbagai bidang seperti baja dan pembajaan, struktur sokongan lada, perosak dan penyakit lada, kualiti produk lada, ekonomi dan pemasaran.

Upacara penanaman ini disempurna­kan Menteri Muda Pendidikan, Sains, dan Penyelidik­an Teknologi merangkap Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee.

Jelasnya, tercetusny­a idea projek Sarawak Pepper Farm @UPM Bintulu adalah apabila sepasukan penyelidik UPMKB yang diketuai bekas Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi ketika itu Prof Dato’ Dr. Husaini Omar yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Dr Annuar.

“Semasa kunjungan tersebut, pihak UPMKB telah memberikan taklimat berkenaan penyelidik­an dan pembanguna­n yang terdapat di UPMKB dan potensi yang boleh dikembangk­an untuk manfaat dan sumbangan kepada pembanguna­n negeri Sarawak.

“Hasil pertemuan tersebut, Dr Annuar mencadangk­an agar UPMKB memfokus kepada penyelidik­an lada Sarawak supaya pembanguna­n dan kemajuan lada Sarawak akan terus mampan dan menyumbang kepada kemajuan industri dan masyarakat seluruhnya,” tambah kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia