Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal Hong Kong karam langgar tukun

Kejadian berlaku dalam keadaan amat gelap, berkabus dan bergelomba­ng

-

Kapten kapal yang merupakan rakyat China dan kru kapal itu berjaya diselamatk­an oleh pasukan Polis Marin Pulau Pinang serta bot nelayan yang kebetulan berada berhampira­n lokasi kejadian dan semua mereka tidak cedera.

GEORGE TOWN: Sebuah kapal kargo Xin Yi Yi yang membawa ikan hidup dari Hong Kong yang dalam perjalanan memasuki pelabuhan Pulau Pinang karam setelah melanggar tukun di kedudukan 2.65 batu nautika dari barat Pulau Rimau, dekat sini awal semalam.

Kapal kargo itu dilapor melanggar bangkai kapal karam dan kapal simen yang dijadikan tukun di kawasan itu pada jam 5.30 pagi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Hamizan Harun berkata kapal kargo itu dikendalik­an seorang kapten dan empat kru terdiri daripada seorang warga Hong Kong dan empat rakyat China berusia antara 25 dan 40 tahun.

“Kapten kapal yang merupakan rakyat China dan kru kapal itu berjaya diselamatk­an oleh pasukan Polis Marin Pulau Pinang serta bot nelayan yang kebetulan berada berhampira­n lokasi kejadian dan semua mereka tidak cedera,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata kapal kargo sepanjang 43.6 meter itu sedang memasuki Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi, Kedah yang menjadi destinasi seterusnya.

Menurut ejen kapal kargo itu, jumlah kerugian akibat kejadian berkenaan dianggar kira- kira RM3.5 juta dan pihak APMM telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu, katanya.

Sementara itu, Kapten

Hamizan Harun Timbalan Pengarah Operasi APMM Pulau Pinang

Kapal Shek Shing Hei berkata ketika kejadian beliau sedang mengemudi kapal kargo itu dalam keadaan amat gelap, berkabus dan bergelomba­ng sehingga menyebabka­n beliau tidak menyedari kawasan itu ditanda.

Katanya kawasan bangkai kapal karam itu ditandakan dengan boya namun lampu kelipnya rosak dan tidak berkelip ketika kejadian.

“Berlaku gegaran yang kuat dan kapal condong ke kanan sebelum menghempas laut... saya terus mengarahka­n empat lagi anak kapal untuk menyelamat­kan diri. Kami bernasib baik kerana terdapat bot nelayan yang membantu sebelum mereka hubungi pihak berkuasa.

“Sebahagian kapal kargo itu karam dan masuk ke dalam laut, tiada barang yang sempat diselamatk­an dan antara yang tenggelam ialah alat navigasi dan ikan hidup,” katanya yang bertutur dalam bahasa Mandarin dan diterjemah oleh ejen kapal itu.

Empat anak kapal dikenali sebagai Chen Jian Hua, Cai Rong Kun, Jiang Li Xing dan Chen Shi Xin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERLANGGAR: Tumpahan diesel dari sebuah kapal kargo hampir karam setelah berlanggar dengan tukun kapal simen berhampira­n pantai Permatang Damar Laut pada jam 5.30 pagi semlam di George Town.
— Gambar Bernama BERLANGGAR: Tumpahan diesel dari sebuah kapal kargo hampir karam setelah berlanggar dengan tukun kapal simen berhampira­n pantai Permatang Damar Laut pada jam 5.30 pagi semlam di George Town.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia