Utusan Borneo (Sarawak)

Kes saman Setiausaha Persekutua­n Catur terhadap Zuraida selesai

-

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan Setiausaha Persekutua­n Catur Malaysia Sophian A. Yusuf terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas Sophian menarik balik saman itu.

Saman itu dikemukaka­n atas dakwaan Zuraida mengeluark­an kenyataan berunsur fitnah berhubung tindakan Sophian tidak membenarka­n seorang kanak-kanak perempuan yang memakai skirt pendek daripada menyertai pertanding­an catur yang berlangsun­g pada tahun lepas.

Pesuruhjay­a Kehakiman Rohani Ismail merekodkan penghakima­n persetujua­n bagi penyelesai­an kes saman itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Harris Abdullah yang mewakili Sophian manakala peguam Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamarudin bertindak bagi pihak Zuraida selaku defendan.

Mohd Harris ketika ditemui pemberita berkata kes berkenaan selesai selepas anak guamnya bersetuju untuk menarik balik saman fitnah yang dikemukaka­n terhadap Ahli Parlimen Ampang itu.

Peguam itu berkata anak guamnya juga turut menarik balik satu lagi saman fitnah yang difailkann­ya terhadap seorang jurulatih catur atas dakwaan memuat naik status membabitka­n isu sama di laman sosial Facebook.

Latheefa pula berkata anak guamnya akan menarik balik apa-apa sindiran terhadap Sophian yang mungkin terdapat dalam kenyataan akhbar bertarikh 29 April 2017, dalam tuntutan saman plaintif dan satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarka­n dalam masa seminggu bermula dari tarikh semalam.

Sophian hadir pada pro- siding semalam manakala Zuraida tidak hadir kerana menghadiri persidanga­n Parlimen.

Sophian, 44, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 20 Nov 2017 selepas mendakwa Zuraida, 60, mengeluark­an kenyataan berunsur fitnah pada 29 April 2017 berhubung tindakanny­a tidak membenarka­n kanak-kanak berusia 12 tahun itu daripada menyertai pertanding­an catur yang diadakan di Putrajaya pada 14 hingga 16 April 2017.

Dalam pernyataan tuntutan, Sophian, yang ketika itu dilantik sebagai pengarah pertanding­an bagi Kejuaraan Catur Scholastic Kebangsaan 2017 mendakwa kenyataan itu telah diterbitka­n oleh akhbar dan beberapa portal termasuk MalaysiaKi­ni dan Sin Chew Daily, semata-mata untuk mengaibkan dan menjatuhka­n reputasi serta integriti beliau selaku orang ternama dan terkenal dalam dunia catur tempatan dan antarabang­sa.

Plaintif turut mendakwa kenyataan itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pedophilia dan terangsang apabila melihat skirt pendek yang dipakai kanak-kanak perempuan berkenaan selain mendakwa beliau berpotensi untuk melakukan salah laku seks.

Beliau menuntut supaya defendan menarik balik kenyataan itu, memohon injunksi kekal untuk melarang defendan atau wakilnya daripada menerbitka­n semula kenyataan berkenaan selain menuntut permohonan maaf daripada defendan serta ganti rugi am, khas, teladan dan teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Zuraida dalam penyataan pembelaan yang difailkan pada 18 Jan lepas, mendakwa kenyataan yang dikeluarka­nnya hanya berdasarka­n pendapat yang diberikan secara komen berpatutan tanpa sebarang niat jahat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia