Utusan Borneo (Sarawak)

23 lelaki mengaku tidak bersalah ahli ‘Geng 08’

-

KUALA LUMPUR: Seramai 23 lelaki masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ sejak tiga tahun lepas.

Mereka ialah R.Nagarajan, R. Ganesh, K. Ron Raniel, K.Balamuruli, V.Anith Kumar, P. Sharveswar­an, R.Alagendran Pillai, S. Kanagadran, M.Satish Varman, S.Shashi Kumar, G.Thiagu, S.Pandian, C.Navin Naidu, M.Neriendran, V.Shasi Kumar, B.Seleveraj, P.Nagulan, M. Parwin, L. Pravin Kumar, N. Saravanan, M. Indran, S. Sathiaseel­an dan M.Arivanatha­n membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah

Kesemua pertuduhan terhadap tertuduh yang berusia antara 19 dan 38 tahun itu dibacakan secara berasingan dalam bahasa Tamil.

Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ di Kuala Lumpur antara 1 Jan 2015 dan 28 Mac 2018 mengikut Seksyen 130V ( 1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah subseksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor dan Noor Syazwani Mohamad Sabry manakala 15 tertuduh diwakili oleh peguam - Maurice Ernest Scully, Kenny Tan Cheng Yee, Lee Wenxu, Muhammad Fakkurulla­h Roslan dan K. Komagan.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lapan tertuduh untuk melantik peguam. — Bernama KUALA LUMPUR: Pengurusan sebuah restoran didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana gagal memastikan tahap kebersihan restoran itu sehingga menjadi tempat pembiakan lipas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhka­n hukuman itu terhadap Milenium Jutamas Sdn Bhd yang mengendali­kan Restoran Boston Group, selepas pengarah syarikat itu Chang Chung Fei, 42, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu gagal memas- tikan restoran berkenaan di Viva Home, Jalan Loke Yew di sini bebas daripada makhluk perosak itu.

Mengikut fakta kes, pegawai kesihatan telah melakukan pemeriksaa­n kebersihan terhadap premis itu pada 12.30 tengah hari 21 Jun tahun lepas di bawah Akta Makanan 1983 dan hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat lipas seperti yang dilaporkan oleh pelanggan yang pernah berkunjung ke situ.

Syarikat itu dituduh mengikut Peraturan 11(1)(a) dibaca bersama Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 11( 2) peraturan sama yang memperuntu­kkan hukuman maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Terdahulu, OKS yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum atas alasan restoran tersebut telah menjalanka­n kerja-kerja pembersiha­n dan itu kesalahan kali pertama, manakala pegawai pendakwa dari Pejabat Kesihatan Cheras, Humaam Ab Rahim, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira kepentinga­n kesihatan orang awam.

OKS membayar denda tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia