Utusan Borneo (Sarawak)

TVET@ Tahfiz sasar 2,900 pelajar

-

KUALA LUMPUR: Dalam memperkasa sistem pendidikan pondok dan tahfiz, kerajaan telah memperkena­lkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) TVET@ Tahfiz bagi mendedahka­n pelajar tahfiz di negara ini dengan kemahiran.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata program tersebut menyasarka­n penyertaan 2,900 pelajar tahfiz daripada 108 pusat tahfiz, bermula Julai hingga Oktober ini.

Beliau bagaimanap­un tidak menjelaska­n lanjut mengenai program tersebut.

Selain itu, melalui Pelan Induk Pendidikan Sepanjang Hayat (PISH), Maszlee berkata kementeria­n telah menawarkan Diploma Pengajian Perniagaan kepada pelajarpel­ajar tahfiz bermula sesi Jun 2017 berserta Sijil Tahfiz Al-Quran, katanya menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berkaitan isu pendidikan Islam di negara ini.

Apa yang pasti, pengukuhan elemen pengajian agama diperluask­an melalui aktiviti luar kelas seperti aktiviti kerohanian, Festival Quran di Hatiku dan Program Pratahfiz di peringkat politeknik yang terpilih, katanya.

Menjawab soalan Datuk Seri Ismail Muttalib ( BN- Maran) mengenai keperluan pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n TVET, beliau berkata perkara itu bagi memecahkan stigma bahawa TVET merupakan bidang dipelopor kaum lelaki sahaja lantas, berupaya meningkatk­an minat wanita dalam bidang itu.

Menurut beliau, Nurul Izzah juga berkeupaya­an mengetuai kumpulan pakar dalam pelbagai bidang berkaitan TVET dan mempunyai visi yang boleh memacu hala tuju TVET. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia