Utusan Borneo (Sarawak)

PM akan buat keputusan mengenai peletakan jawatan ahli Lembaga Pengarah Khazanah

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat keputusan sama ada Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd yang ada sekarang perlu dikekalkan atau melantik barisan pengarah yang baharu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Perdana Menteri yang akan membuat keputusan (berhubung perkara itu).

“Saya fikir kita serahkan perkara itu kepada kebijaksan­aan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Sambil menyatakan peletakan jawatan kesemua sembilan ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd tidak dibincangk­an dalam kabinet, Lim berkata ia merupakan keputusan yang bjiak yang membolehka­n Perdana Menteri membuat keputusan berhubung perkara itu.

Khazanah Nasional Bhd semalam mengumumka­n semua ahli Lembaga Pengarah, termasuk Pengarah Urusannya, menawarkan peletakan jawatan daripada Lembaga Pengarah.

“Saya rasa itu keputusan mereka dan mereka hendak memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan berhubung hala tuju sama ada meneruskan dengan Lembaga Pengarah yang dilantik kerajaan dahulu atau meneruskan dengan yang baharu.

“Langkah seterusnya adalah daripada Perdana Menteri,” katanya.

Khazanah, dalam mengumumka­n peletakan jawatan ahli Lembaga Pengarahny­a, berkata langkah itu diambil untuk memudahkan peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baharu.

“Lembaga Pengarah yang ada sekarang berbangga dapat berkhidmat, dan berasakan adalah wajar untuk menawarkan budi bicara dan mengesahka­n semula bidang kuasa kerajaan baharu untuk membentuk Lembaga Pengarah yang baharu,” menurut Khazanah, sambil menyatakan ia akan mengeluark­an kenyataan lanjut apabila mempunyai butiran mengenai penyusunan semula Lembaga Pengarah. — Bernama

 ??  ?? TAWARAN ISTIMEWA: Pelbagai barang elektrik yang ditawarkan pada harga istimewa sempena ulang tahun ke-30 Haw Electrical Hakka Avenue.
TAWARAN ISTIMEWA: Pelbagai barang elektrik yang ditawarkan pada harga istimewa sempena ulang tahun ke-30 Haw Electrical Hakka Avenue.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia