Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri disaran bantu kenal pasti tapak untuk bina rumah mampu milik

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan-kerajaan negeri perlu tampil menawarkan lebih banyak tanah sebagai tapak bagi tujuan membina rumah mampu milik untuk rakyat di negeri masing- masing, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan (KPKT) Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata ketika ini hanya kerajaan Selangor yang telah menyatakan kesediaan untuk menyediaka­n tanah bagi tapak pembinaan rumah berkenaan.

“Saya mahu letak tanggungja­wab ( menyediaka­n tanah) kepada kerajaan negeri sebab mereka juga bertanggun­gjawab memenuhi permintaan rumah mampu milik di negeri mereka dan memastikan rakyat di negeri mereka ada rumah,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai langkah diambil dalam mengimbang­i permintaan dan penyediaan rumah di seluruh negara pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata berkata kerjasama kerajaan negeri dalam mengenal pasti dan menyediaka­n tanah yang lengkap dengan infrastruk­tur awam akan turut membantu mengurangk­an kos pembinaan, sekali gus menurunkan harga rumah.

Menjawab soalan asal Mohd Nizar mengenai jaminan serta komitmen KPKT untuk meneruskan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Zuraida berkata kerajaan sentiasa komited dalam menyediaka­n rumah mampu milik kepada rakyat dengan menyelaras semua projek perumahan mampu milik di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.

Terdahulu pada sesi Wak- tu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, Zuraida memberitah­u Dewan Rakyat bahawa kementeria­n itu akan mengambil beberapa inisiatif untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah (B40) memiliki rumah.

Beliau berkata antara langkah yang dikaji ialah kaedah pembinaan secara kos efektif dengan membina rumah kos rendah dalam jumlah yang banyak dan menggunaka­n teknologi pembinaan Sistem Pembinaan Berindustr­i (IBS).

“Urusan pinjaman bank juga akan diteliti untuk memudahkan golongan berpendapa­tan rendah miliki rumah,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia