Utusan Borneo (Sarawak)

Najib nafi dakwaan cetus huru-hara, panggil mesyuarat MKN malam 9 Mei

-

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau telah memanggil mesyuarat khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) pada malam 9 Mei berikutan kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mencetuska­n huru-hara pada malam tersebut.

“Sebelum ini telah timbul tuduhan dan fitnah kononnya saya pada ketika itu sebagai perdana menteri bercadang untuk mencetuska­n huruhara dan mengisytih­arkan darurat kerana kononnya saya takut kehilangan kuasa.

“Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya boleh beritahu kepada Dewan yang mulia ini, kalau rujuk kepada panglima Angkatan Tentera Malaysia pada ketika itu dan Ketua Polis Negara dan semua anggota MKN, tidak ada panggilan mesyuarat khas MKN pada malam 9 Mei sama sekali,” katanya semasa membahaska­n ucapan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, peralihan kuasa telah berlangsun­g dengan aman dan tersusun.

“Saya nak nyatakan bahawa saya seorang yang percaya kepada prinsip demokrasi dan ‘rules of law’ dan akur kepadanya,” katanya.

Katanya, beliau juga akan terus menggunaka­n pengetahua­n dan pengalaman beliau dalam membantu Ketua Pembangkan­g dan negara.

Dalam perbahasan­nya hampir 20 minitnya itu, Najib turut memberitah­u Dewan Rakyat bahawa kerajaan hari ini telah mewarisi ekonomi yang kukuh dan sihat daripada Barisan Nasional.

Katanya, kerajaan terdahulu telah melaksanak­an pelbagai langkah termasuk dua pakej rangsangan ekonomi dan dasar transforma­si ekonomi yang telah membawa kepada Malaysia terlepas daripada kesan krisis ekonomi dunia yang berlaku semasa kepimpinan­nya dahulu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia