Utusan Borneo (Sarawak)

325,830 wanita terima vaksin HPV setakat Jun 2018

-

KUALA LUMPUR: Seramai 325,830 wanita telah menerima vaksinasi ‘Human Papillomav­irus’ (HPV) secara percuma sehingga Jun 2018, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, program yang dilaksanak­an sejak 2012 oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) itu merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha mencegah jangkitan HPV yang menyebabka­n kanser serviks dalam kalangan wanita.

“Kerajaan akan terus komited dan memberi perhatian kepada strategi dan aktiviti yang telah dirancang dalam Pelan Tindakan Kanser (2016-2020).

“Namun, kini terdapat satu trend iaitu pesakit mendapatka­n rawatan alternatif yang tidak berasaskan bukti saintifik, sekali gus memudaratk­an kesihatan dan hanya mendapatka­n rawatan dengan pakar perubatan setelah penyakit kanser merebak,” katanya ketika berucap merasmikan program ‘Waron-Cancer’ Malaysia di sini, semalam.

Katanya, statistik Fakta Kesihatan 2016 terbitan Kementeria­n Kesihatan turut melaporkan kanser merupa- kan punca kematian ketiga terbesar atau 13.6 peratus di hospital kerajaan, menunjukka­n peningkata­n sebanyak 50 peratus jika dibanding- kan data pada tahun 1996 iaitu 8.9 peratus sahaja.

“Sehubungan itu, pihak kerajaan sentiasa prihatin mengenai pesakit kanser dan telah menyediaka­n pelbagai inisiatif untuk meringanka­n beban mereka,” kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu, War- onCancer Malaysia merupakan inisiatif Kolej Pakar Perubatan Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, Akademi Pakar Perubatan Keluarga Malaysia dan Akademi Sains Malaysia bagi mengadakan perkongsia­n sinergi antara beberapa kementeria­n dan agensi kesihatan bagi mewujudkan kesedaran kanser.

Ia juga bertujuan membawa penambahba­ikan dengan mengenal pasti jurang yang sedia ada selain memberi pengetahua­n tentang bahaya kanser kepada masyarakat melalui penyelidik­an, peningkata­n pengurusan pencegahan kanser dan sokongan terhadap pesakit kanser. — Bernama KUALA LUMPUR: Kajian Kementeria­n Kesihatan mendapati 16 peratus remaja negara ini terlibat dalam buli, 13 peratus merokok, tujuh peratus tingkah laku seksual dan enam peratus cubaan bunuh diri.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata dapatan itu adalah hasil kajian Adolescent Health Survey 2017 oleh kementeria­nnya melibatkan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun.

Secara tepatnya, kajian itu mendapati 16.2 peratus remaja pernah terlibat dalam masalah buli, 13.8 peratus remaja dalam kalangan umur sama didapati merokok, tingkah laku seksual (7.3 peratus) dan cubaan bunuh diri (6.8 peratus).

Dalam pada itu, kajian itu mendapati 10.8 peratus dalam kalangan remaja 12 hingga 13 tahun mengambil minuman beralkohol, katanya ketika menutup konvensyen Health Promotion in Learning Institutio­ns (HePiLi) peringkat kebangsaan 2018 dan pelancaran program Tunas Doktor Muda di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, di sini.

“Ini sepatutnya menjadi peringatan untuk kita berdepan dengan cabaran seperti ini dengan pendekatan serius,” katanya, sambil menambah penganjura­n aktiviti kesihatan seperti Tunas Doktor Muda dapat membantu kerajaan melahirkan masyarakat yang bertingkah laku sihat.

Bagaimanap­un, beliau tidak memberikan butiran sampel kajian tersebut.

Bercakap mengenai perkara lain, Dzulkefly berkata ibu bapa perlu bertindak memastikan anak-anak yang dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) tidak ke sekolah, sekali gus dikuaranti­n.

Beliau berkata ia bagi mengelakka­n penularan penyakit itu yang mudah merebak melalui sentuhan dan air liur.

“Jumlah kes HFMD yang merebak amat menakutkan tetapi kalau kita tangani perkara ini seperti melakukan ‘gate keeping at the point of entry’ (menghalang anak-anak yang dijangkiti) ke sekolah, itu dapat menangani perkara ini dengan lebih berkesan,” katanya.

Wabak HFMD yang sebelum ini menular dalam kalangan pelajar sekolah di Pulau Pinang, Kedah dan Pahang dilaporkan mula merebak ke ibu kota apabila sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 di sini diarah tutup dan kesemua 36 muridnya diberi cuti 10 hari selepas empat daripada mereka dijangkiti HFMD.

Mengikut rekod Kementeria­n Kesihatan, 35,886 kes kumulatif wabak itu direkodkan di seluruh negara dari 1 Jan hingga 23 Julai tahun ini.

Konvensyen HePiLi merupakan platform yang menggabung­kan program promosi kesihatan melibatkan peringkat pendidikan awal kanakkanak pra sekolah atau tabika melalui Program Tunas Doktor Muda, program Kelab Doktor Muda bagi sekolah rendah dan menengah serta Program Siswa Sihat ( PROSIS) untuk institusi pengajian tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Dr Wan Azizah menurunkan tandatanga­n pada Majlis Pelancaran Perangi Kanser Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Dr Wan Azizah menurunkan tandatanga­n pada Majlis Pelancaran Perangi Kanser Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia