Utusan Borneo (Sarawak)

Jangkitan HFMD di Selangor di tahap berjaga-jaga

-

SHAH ALAM: Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor berada pada tahap berjaga-jaga dengan 9,300 kes dicatat sejak Januari sehingga minggu lepas, kata Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdaya­an Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata golongan kanak-kanak berusia bawah enam tahun merupakan yang paling banyak menerima jangkitan berkenaan melibatkan 8,501 kes, kanakkanak berusia tujuh hingga 12 tahun (568 kes) dan 231 kes untuk berusia 12 tahun ke atas.

“Kes jangkitan HFMD ini memuncak pada awal Mei lepas di minggu ke-15 sehingga minggu ke-17 dengan merekodkan kira-kira 600 jangkitan seminggu di seluruh negeri.

“Angka berkenaan kini turun kepada kira-kira 300 kes jangkitan seminggu sehingga minggu lepas, bagaimanap­un ia masih lagi di tahap berjaga-jaga,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dr Siti Mariah berkata sehingga kelmarin, pihaknya tidak menerima maklumat daripada Kementeria­n Kesihatan berhubung mana-mana tadika, taska mahupun sekolah rendah yang diarah tutup berikutan wabak penyakit berkenaan.

Beliau berkata dalam usaha mengurangk­an jangkitan penyakit itu, kerajaan KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta kerjasama semua majikan termasuk sektor swasta untuk memberi kelonggara­n kepada pekerja sekiranya anak mereka disahkan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ia bagi membolehka­n pekerja bekerja dari rumah atau dibenarkan bercuti untuk menjaga anak berkenaan.

“Saya fikir majikan perlu bertimbang rasa, kalau tidak ibu bapa akan rasa serba salah dan tetap hantar anak ke sekolah atau taska sedangkan anak negeri kini giat menjalanka­n kempen kesedaran terutama kepada ibu bapa dan pengusaha taska berhubung faktor kebersihan dan mengenal pasti tanda awal jangkitan.

Katanya, kerajaan negeri turut menyaranka­n supaya setiap pengusaha taska, pusat jagaan dan guru- guru melakukan saringan terhadap kanakkanak dan pelajar mereka.

“Jika boleh, kita segera asingkan kanak-kanak ada simptom HFMD agar tidak berjangkit kepada kanak-kanak lain. Ibu bapa juga buat masa ini diharap kurangkan membawa anak-anak kecil mereka ke tempat tumpuan ramai seperti pasar malam dan pasar raya untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai jangkitan denggi di Selangor, Dr Siti Mariah berkata kes itu mencatat penurunan pada tahun ini, dengan hanya 21,648 kes direkodkan mulai Januari sehingga minggu lepas melibatkan 17 kematian, berbanding 30,485 kes dengan 51 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata kebanyakan daerah di Selangor mencatat penurunan kes denggi jika dibandingk­an dengan tahun lepas kecuali Klang yang mencatat peningkata­n dari 5,054 kes pada tahun lepas kepada 5,816 kes tahun ini, bagi tempoh yang sama. — Bernama

HFMD: Majikan diminta beri kelonggara­n kepada pekerja

mereka (perlu) dijaga (kuarantin) di rumah agar wabak ini tidak berterusan merebak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Hannah turut meminta agar semua pusat beli-belah sentiasa memastikan kebersihan segala kemudahan yang disediakan termasuk troli, untuk membasmi kuman dan mengelak risiko dijangkiti wabak HFMD.

Timbalan menteri itu menasihati orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah waspada ketika berada di tempat awam serta mengurangk­an aktiviti luar bersama keluarga pada waktu ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia