Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp beri amaran kepada yang terlibat agar fokus, tidak terbawa-bawa ‘kejayaan’ dalam pasaran perpindaha­n pemain

-

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat ( AS): Mohamed Salah dan Sadio Mane membuat impak segera ketika Liverpool bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2-1 pada perlawanan kejohanan mini pramusim Piala Juara Antarabang­sa Rabu lepas.

Mane menjaringk­an gol kemenangan Liverpool dari satu tendangan penalti pada minit kecederaan untuk memberikan Liverpool kemenangan bersemanga­t ke atas pasukan City di Stadium MetLife.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memuji prestasi Mane selepas diturunkan dalam separuh masa kedua.

“Separuh masa kedua menggembir­akan saya, separuh masa pertama tidak begitu menarik,” kata Klopp.

“Anda melihat perbezaann­ya apabila Sadio masuk. Beliau bermain dengan baik dan menyukarka­n pasukan lawan.

“Dengan semua itu dan perubahan lain, ia mengubah rentak permainan.”

Klopp dan rakan sejawatann­ya di City, Pep Guardiola, tidak gembira dengan perubahan segera pada permukaan padang, yang digunakan untuk pasukan bola sepak ala AS New York Giants dan New York Jets.

“Lebih baik paling bola berbanding melakukan umpanan (tendangan) di padang ini,” kata Klopp.

Guardiola pula berkata beliau berasa lega kerana tiada pemainnya cedera bermain di padang itu.

“Ini berlaku pada musim pertama saya bersama Barce-

Separuh masa kedua menggembir­akan saya, separuh masa menarik. ” pertama tidak begitu Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

lona dan saya sangat marah, sangat kecewa,” kata Guardiola apabila ditanya tentang padang.

“Saya kemudian menjadi lebih matang dan sedar ia hanya perniagaan. Kita berdoa sebelum perlawanan agar tiada pemain yang cedera dan itulah yang berlaku.”

Persediaan pramusim Liverpool dan City di AS terjejas dengan ketiadaan beberapa pemain utama yang diberikan rehat tambahan selepas terlibat dengan pasukan kebangsaan masing-masing di Piala Dunia 2018. City membuka jaringan beberapa minit selepas rehat menerusi gol Leroy Sane tetapi Salah, yang hanya dimasukkan selama 52 saat dan mempunyai hanya satu sentuhan sebelum itu, mengikat kedudukan pada minit ke-62. Permainan kelihatan berkesudah­an dengan seri sehingga Tosin Adarabioyo merempuh Dominic Solanke dalam kotak penalti, menyebabka­n pengadil memberikan tendangan penalti yang disemp u r n a k a n M a n e untuk gol k e m e - nangan. Sementara itu, K l o p p memberi a m a r a n k e p a d a s e m u a y a n g terlibat d e n - g a n k e - lab untuk mengekalka­n fokus dan tidak terbawa-bawa dengan ‘kejayaan’ dalam pasaran perpindaha­n pemain ketika mereka merancang memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kelab telah membelanja­kan 174 juta pound untuk mendapatka­n pemain baharu seperti Naby Keita, Fabinho, Xherdan Shaqiri dan mungkin paling mencuri perhatian ialah pembelian dengan rekod dunia untuk seorang penjaga gol – Alisson.

Tetapi ketika penyokong kelab membayangk­an satu lagi pemburuan kejuaraan, Klopp memberi fokus kepada dua minggu terakhir pramusim.

“Bagi saya, dua musim terakhir adalah dua minggu paling penting sepanjang pramusim,” kata beliau kepada penyiaran kelab, LFC TV.

“Tugas saya ialah untuk tidak terlalu teruja. Saya menyedari suasana benar-benar positif. Kami bermain di final (Liga Juara-Juara) – kami tidak menang tetapi ia masih sesuatu yang positif.”

Klopp juga memberi amaran agar tidak terlalu yakin, sambil menambah: “Kami perlu bersedia untuk cabaran besar, sasaran tinggi. Kami harus berasa marah, agresif, tamak dengan keazaman untuk memenangi setiap perlawanan.

“Semua pasukan mempunyai kualiti, jadi kami perlu bersedia untuk bersaing, bukan meraikan pembelian atau sebagainya.”

Klopp, di mana pasukan- nya menamatkan saingan liga musim lepas di tempat keempat, berasa kagum dengan prestasi Daniel Sturridge semasa pramusim dan bersedia untuk memberikan penyerang itu satu lagi peluang.

Musim lepas, Liverpool sudah bersedia untuk menjual penyerang berusia 28 tahun itu kerana rekod kecederaan beliau yang buruk, menyebabka­n beliau jarang diturunkan.

Sturridge pergi ke West Brom untuk kontrak pinjaman pada bulan Januari tetapi turut cedera di awal perpindaha­n dan hanya membuat enam penampilan bersama West Brom.

Dengan baki 12 bulan kontrak semasa, ia kelihatan karier Sturridge di Anfield sudah berakhir tetapi beliau kelihatan cergas dan menyerlah pada perlawanan persahabat­an pramusim dan Klopp, yang semakin kecewa kerana tidak dapat menurunkan pemain itu, bersedia untuk memberikan­nya satu lagi peluang.

“Kami tidak berasa ragu dan tiada siapa berasa ragu tentang kualiti beliau,” katanya. “Ketika ini, secara jujurnya beliau kelihatan sangat bagus dan ia sudah tentu bagus untuk kelab.”

Sturridge mungkin diturunkan pada perlawanan pertama musim baharu Liga Perdana menentang West Ham United pada 12 Ogos dengan Roberto Firmino dan penjaga gol baharu, Alisson, hanya kembali ke dalam skuad pada sesi latihan di Perancis minggu hadapan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KLOPP IMPAK SEGERA: Salah menjaringk­an gol penyamaan Liverpool ketika beraksi menentang City pada perlawanan kejohanan mini pramusim Piala Juara Antarabang­sa di Stadium MetLife, East Rutherford kelmarin.
— Gambar Reuters KLOPP IMPAK SEGERA: Salah menjaringk­an gol penyamaan Liverpool ketika beraksi menentang City pada perlawanan kejohanan mini pramusim Piala Juara Antarabang­sa di Stadium MetLife, East Rutherford kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia