Utusan Borneo (Sarawak)

Leonardo dilantik sebagai pengarah sukan AC Milan

-

ROM, Itali: AC Milan mengumumka­n bekas pemenang Piala Dunia dari Brazil, Leonardo, dilantik sebagai pengarah sukan kelab Rabu lepas.

Bekas pemain berusia 48 tahun itu ada beraksi selama dua penggal di San Siro sebelum tempoh buruk sebagai jurulatih Milan pada musim 2009/2010.

“Cerita Leonardo di AC Milan adalah unik, selepas memberikan beberapa sumbangan cemerlang di kelab sebagai pemain, jurulatih dan ahli lembaga pengarah,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Beliau akan membawa bersama pengalaman beliau dalam pembinaan salah sebuah kelab terbesar di peringkat antarabang­sa.”

Kepulangan Leonardo hadir selepas pengambila­lihan kelab oleh dana kewangan dari Amerika Syarikat (AS), Elliott selepas bekas pemilik dari China gagal membayar hutang.

Pengurusan Elliott sudah berikrar menyuntik 50 juta euro ke dalam kelab untuk mengembali­kan kestabilan kewangan untuk juara Eropah sebanyak tujuh kali itu.

“Pelantikan Leonardo adalah satu lagi petanda komitmen serius Elliott untuk membawa pemain dan pemimpin kelas dunia, yang tahu apa yang diperlukan untuk mengembali­kan AC Milan ke era kegemilang­annya,” kata pengerusi Milan, Paolo Scaroni.

Scaroni menambah, Leonardo “akan bertanggun­gjawab menguruska­n bahagian sukan kelab, termasuk pasaran perpindaha­n,” tambah Scaroni ketika bercakap tentang tugas Leonardo, yang juga pernah menjadi pengarah sukan di Paris Saint Germain (PSG) dari 2011-2013.

AC Milan berkata pengumuman lanjut mengenai kedudukan dalam pasukan pengurusan (kejurulati­han) “akan dibuat dalam masa terdekat”.

Walaupun melabur banyak 12 bulan yang lalu dengan pembelian Leonardo Bonucci dan Lucas Biglia, Milan gagal dalam usaha untuk kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2014.

Gennaro Gattuso mengambil alih tugas sebagai jurulatih pada pertengaha­n musim tetapi hanya mampu membawa kelab ke tangga keenam dan melangkah ke final Piala Itali.

Sebagai pemain, Leonardo adalah sebahagian dari skuad Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994 di AS dan membuat 55 penampilan bersama Brazil. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia