Utusan Borneo (Sarawak)

UEFA ancam singkir Marseille dari pertanding­an di Eropah jika gagal mengawal penyokong mereka

-

PARIS, Perancis: Kelab Ligue 1 Perancis, Marseille, diberi amaran akan disingkirk­an dari pertanding­an di Eropah jika penyokong mereka terus membuat kacau.

Selepas beberapa insiden kekacauan penonton dalam pertanding­an Liga Europa musim lepas – pada perlawanan menentang RB Leipzig, Salzburg dan malah di final menentang Atletico Madrid, badan induk bola sepak Eropah (UEFA), memberikan kelab tempoh percubaan dua tahun.

Jika insiden yang sama berlaku lagi, “Marseille akan dikecualik­an dari menyertai pertanding­an kelab UEFA seterusnya di mana ia layak bertanding.”

Marseille dikenakan hukuman kerana kekacauan penyokong, perbuatan merosak harta-benda, membakar mercun dan membaling objek pada pertanding­an di Eropah musim lepas, menurut satu kenyataan UEFA.

Kelab, yang juga telah didenda 100,000 euro, akan beraksi dalam Liga Europa pada musim baharu.

Bagaimanap­un, salah satu perlawanan di gelanggang sendiri di Stade Velodrome, akan berlangsun­g tanpa penonton sementara perlawanan lain di tempat sendiri akan menyaksika­n zon penyokong fanatik di utara dan selatan stadium akan ditutup.

“Ia pastinya bagus jika kami tidak dikecualik­an, jadi kami harus bersedia,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia.

“Kami tahu UEFA membuat keputusan yang betul tetapi kami memerlukan penyokong, jika kami tidak mempunyai penyokong untuk perlawanan pertama Liga Europa, ia sudah memberi kesan negatif.

“Semua orang harus mengambil tanggungja­wab supaya kami boleh bermain dalam stadium yang penuh dengan penyokong.” — AFP BUDAPEST, Hungary: Pengurus pasukan Mercedes, Toto Wolff mengakui bahawa pasukan beliau bergelut dengan penguasaan dan menjangkak­an perlumbaan Grand Prix Hungary hujung minggu ini akan memperliha­tkan satu lagi saingan sengit tiga penjuru.

Beberapa hari selepas pemandunya, Lewis Hamilton meraikan salah satu kemenangan terhebat dalam kariernya di Jerman, Wolff mengakui bahawa “pada hari biasa, kami tahu dan menyedari kami tidak membawa kereta terpantas di Hockenheim (Grand Prix Jerman).”

Dan kerana itu, kata beliau. “Kami semua tahu di mana tiada hadiah diberikan untuk juara separuh musim, jadi kami akan terus meningkatk­an prestasi kami.”

Selepas 11 dari 21 perlumbaan musim ini, Hamilton dan Mercedes berada di senarai teratas kategori pemandu dan pengeluar tetapi hanya dengan jurang tipis dan Wolff tahu ia akan memerlukan satu lagi usaha luar biasa pada perlumbaan dengan jangkaan cuaca panas di Hungary ketika semua pasukan bersedia untuk rehat musim panas di Eropah.

“Hungary akan menjadi satu lagi saingan sengit dengan Ferrari dan Red Bull,” kata beliau.

“Ia perlumbaan yang sukar dan di atas kertas, Ferrari dan Red Bull pastinya sangat pantas. Bagaimanap­un, jika ada satu perkara yang kami pelajari dari Grand Prix Jerman, ia adalah ramalan tidak menentukan keputusan.”

Selepas bergelut dengan kuasa enjin di beberapa litar, reka bentuk litar Hungarorin­g menjadikan Red Bull pilihan untuk menang kerana kereta mereka mempunyai elemen yang membolehka­n

Ia perlumbaan yang sukar dan di atas kertas, Ferrari dan Red Bull pastinya sangat pantas. Bagaimanap­un, jika ada satu perkara yang kami pelajari dari Grand Prix Jerman, ia adalah ramalan tidak menentukan keputusan. Toto Wolff Pengurus pasukan Mercedes

mereka berada di hadapan saingan.

Daniel Ricciardo memenangi perlumbaan Grand Prix Monaco dan telah menunjukka­n kemampuan di litar sempit dan teknikal, sementara rakan sepasukann­ya, Max Verstappen, juga mampu memberikan ancaman serius selepas menang di Hungary pada 2014.

Ricciardo menjangkak­an masa depan beliau bersama Red Bull akan dicapai hujung minggu ini dan satu lagi kemenangan, pada musim ketiganya, mungkin amat sesuai untuk memberikan kontrak baharu.

Ia juga bukan keputusan yang dialu- alukan untuk Hamilton atau Mercedes jika ia hanya Sebastian Vettel dan Ferrari bersaing “untuk kejuaraan dunia kelima”.

Bagi Ferrari, perlumbaan minggu ini diselubung­i kema- tian bekas pengerusi pasukan, Sergio Marchionne minggu ini ketika mereka cuba bangkit dari kegagalan Vettel menamatkan perlumbaan di Jerman minggu lepas.

Nasib malang Vettel itu membolehka­n Hamilton menjarakka­n kedudukan di senarai teratas dari ketinggala­n lapan mata menjadi kelebihan 17 mata walaupun bermula di petak ke-14.

Tetapi beliau juga sedar, walaupun memenangi lima kali perlumbaan di Hungary, ia tidak menjamin apa-apa keputusan Ahad ini.

“Ia bukan litar terbaik kami tetapi ia juga bukan litar memerlukan kuasa enjin, jadi kami mengharapk­an ia juga sama dengan Ferrari dan saingan akan lebih sengit.

“Mereka biasanya bagus dengan cuaca panas tetapi saya masih mempunyai harapan yang tinggi.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEMENANGAN TERHEBAT: Reaksi Hamilton selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Jerman di Litar Hockenheim, Hockenheim pada 22 Julai lepas.
— Gambar AFP KEMENANGAN TERHEBAT: Reaksi Hamilton selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Jerman di Litar Hockenheim, Hockenheim pada 22 Julai lepas.
 ??  ?? WOLFF
WOLFF
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia