Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak Tite diperbahar­ui sehingga akhir Piala Dunia 2022 di Qatar

-

RIO DE JANEIRO, Brazil: Tite diberikan kontrak baharu untuk terus kekal sebagai jurulatih kebangsaan Brazil sehingga 2022 Rabu lepas walaupun kempen mengecewak­an tewas di suku akhir Piala Dunia 2018 di Rusia, menurut badan induk bola sepak Brazil (CBF).

“CBF telah memperbaha­rui kontrak Tite sehingga akhir Piala Dunia 2022 di Qatar,” kata CBF menerusi laman sesawang rasminya.

Tite adalah jurulatih pertama skuad kebangsaan Brazil yang dilantik semula selepas tersingkir di Piala Dunia sejak Claudio Coutinho pada 1978.

Brazil, yang dibarisi bintang sensasi Neymar, dianggap salah sebuah pasukan pilihan muncul juara di Rusia tetapi mereka tewas 1- 2 kepada Belgium di suku akhir.

“Persekutua­n telah memberikan kami satu keadaan untuk membina persekitar­an yang bersatu dan profesiona­l. Ia memberikan satu cabaran hebat dan kami gembira untuk menghadapi­nya selain sudah memberikan fokus kepada perlawanan dan pertanding­an seterusnya,” kata Tite dalam satu kenyataan.

Cabaran pertama Tite selepas ini ialah memenangi Copa Amerika pada 2019 apabila Brazil menjadi tuan rumah.

Brazil akan memulakan proses pemulihan dari kekecewaan di Piala Dunia dengan beberapa perlawanan persahabat­an, perlawanan pertama menentang Amerika Syarikat (AS) di New Jersey pada 7 September.

“CBF melabur dalam satu projek jangka panjang untuk menjamin kakitangan tempoh enam tahun setengah membimbing pasukan dan kami percaya bahawa ia dirancang dengan berhati-hati untuk mendapatka­n keputusan yang kami harapkan,” kata Rogerio Caboclo, pengarah eksekutif CBF.

Tite mula menjalanka­n tugas sebagai jurulatih Brazil pada Jun 2016 dan berdepan tugas sukar mengembali­kan maruah pasukan.

Di bawah kendalian Dunga, yang dipecat oleh CBF, pasukan Brazil cukup memalukan apabila tewas 1-7 kepada Brazil di separuh akhir Piala Dunia 2014 di tanahair mereka sendiri. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? BERMUTU TINGGI: Sim (kanan) menunjukka­n baju rasmi yang akan digunapaka­i semasa temasya sukan Asian Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) pada majlis Pelancaran APMG 2018 di Wisma UFL, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengarah Urusan Universal...
— Gambar Bernama BERMUTU TINGGI: Sim (kanan) menunjukka­n baju rasmi yang akan digunapaka­i semasa temasya sukan Asian Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) pada majlis Pelancaran APMG 2018 di Wisma UFL, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengarah Urusan Universal...
 ?? — Gambar Bernama ?? Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium Melaka Nick Yong Yoon Pin menerangka­n mengenai Stadium Hang Jebat kepada pemberita di Melaka semalam. Keberkesan­an pengurusan Axiata Arena di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Emirates Stadium di London, England...
— Gambar Bernama Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium Melaka Nick Yong Yoon Pin menerangka­n mengenai Stadium Hang Jebat kepada pemberita di Melaka semalam. Keberkesan­an pengurusan Axiata Arena di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Emirates Stadium di London, England...
 ??  ?? TITE
TITE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia